MENGENAI KAMI

FH MEDIA adalah salah satu media hiburan tempatan yang memaparkan 100% cerita artis-artis Sabah. Ditubuhkan sejak 1 Januari 2017 dengan nama FH Production Media adalah dibawah syarikat F Harmthon Production Sdn Bhd.

FH Media adalah media hiburan yang pertama di Sabah memaparkan cerita artis Sabah sejak sekian lama. Beroperasi secara online dan mendapat banyak kecaman dan kritikan daripada pelbagai pihak di awal kemunculan.
Nama FH Media digunakan selepas cerita artis dibuka secara menyeluruh pada pertengahan 2019.

Pada awal siaran, semua bahan siaran melibatkan artis-artis rakaman FH Production bagi pendedahan dan pengenalan awal dan membuka ruang kepada penggiat seni lain untuk diketengahkan dalam siaran media selepas laman web ini ditambah baik.

FH Media dengan atas usaha persendirian oleh pemilik syarikat ini membelanjakan RM100k untuk menubuhkan syarikat berstatus Sendirian Berhad iaitu F Harmthon Production Sdn Bhd , menyediakan kelangkapan syarikat sehingga ke pembangunan laman web selama 3 tahun.

Misi dan visi FH Media

Visi:
Menjadi peneraju industri hiburan dan menjadi Portal Hiburan no. 1 pilihan pembaca dengan meningkatkan publisiti penggiat seni di Sabah.

Misi:
1.Menyediakan sebanyak mungkin cerita dan perkembangan terkini penggiat seni yang tidak mendapat liputan media
2. Memperkenalkan FH Media sehingga ke peringkat antarabangsa

Matlamat:
Menambah bilangan artikel harian dan membina jaringan antarabangsa

Pelan Tindakan:
Memastikan semua petugas media cekap dalam menjalankan tugasan sebagai penulis

Kemampuan FH Media
Berdasarkan kepada statistik pengunjung laman web FH Media, mendapati penambahan setiap bulan pengunjung dan pembaca sehingga 11juta pengunjung pada Disember 2019.

Selain daripada menyediakan bahan bacaan atau artikel mengenai aktiviti seni dan mempromosi lokasi menarik di Sabah, laman web ini juga menyediakan satu bahagian promosi kegiatan seni iaitu di Entertainment Hub yang belum pernah dibuat oleh mana-mana laman web seluruh dunia. Ini antara inovasi seni yang di lakukan oleh pihak FH Media kerana berikan satu landasan yang baik untuk memasarkan seni tidak kira di sabah mahupun seluruh Malaysia.

 

Penafian: Semua transaksi pembayaran bagi servis yang diterima hendaklah melalui akaun syarikat di ( CIMB : 8603704510 ) atas nama F Harmthon Production Sdn Bhd dan jangan membuat transaksi pembayaran selain daripada nombor akaun ini. Sila berhubung terlebih dahulu dengan pihak pengurusan FH Media iaitu En. Freddy Harmthon sebelum melakukan sebarang transaksi pembayaran jika melibatkan nombor akaun lain.