AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

Oleh : Rayner Giun

Jabatan Meteorologi Malaysia,Kementerian Tenaga,Sains,Teknologi,Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, telah mengeluarkan penyataan amaran terhadap kawasan perairan dan perkapalan pada 06 Ogos 2019, jam 10:30 malam.

Menurut penyataan tersebut, taufan Lekima dan Krosa yang kini berada di sekitar barat laut di lautan Pasifik dan sedang bergerak ke arah Taiwan dan Jepun, secara tidak langsung telah mempengaruhi kelajuan angin di perairan negara. Angin kencang barat daya kategori pertama, dengan kelajuan 40 hingga 50kmsj, 2.5 hingga 3.5 meter dan 8.2 hingga 11.5 kaki ketinggian ombak, dijangka di kawasan selatan Phuket, Samui, selatan Condore, selatan Reef North, Labuan dan Sulu.


Sementara angin kencang barat daya kategori kedua berkelajuan 50 hingga 60kmsj, dengan ketinggian ombak 3.5 hingga 4.5 meter dan 11.5 hingga 15.0 kaki, dijangka di kawasan utara Phuket, Utara Condore, Utara Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

Taufan Lekima dan Krosa ini akan berlanjutan sehingga 10 Ogos 2019,sabtu ini.

Sumber : Facebook page Malaysian Meteorological Department. https://www.facebook.com/malaysiamet/