Tukad Gonipis 631 Lokasi Menarik Di Kiulu.

Oleh: Rayner Giun



KIULU : Tukad Gonipis 631,yang kini dilihat semakin berkembang memberi keyakinan kepada David Gungkit, selaku pengurus, untuk terus bertahan memajukan tempat itu.

Berbekalkan sokongan dari ahli keluarga dan 15 orang petugas tempat tersebut, membolehkan tempat ini telah dibuka sepenuhnya pada Februari lepas.

“Pada awalnya,saya sekadar mahu mencuba untuk menceburi dalam bidang pelancongan ini. Namun saya tidak menyangka tempat ini telah menjadi tumpuan para pelancong dan orang tempatan sehingga kini.

“Idea ini datang selepas Kementerian Pelancongan pada waktu itu, melihat keindahan alam semula jadi di sepanjang sungai Tuaran, yang mempunyai kualiti tumpuan para pelancong," ujarnya yang  sudah mula melakukan kerja-kerja pembersihan pada awal 2018.

Pelancongan yang bertempat di Kampung Gonipis Lama dengan jarak, kira-kira 18 km dari pekan Kiulu dan 37 km dari Tuaran ini, memberikan daya tarikan yang sangat memuaskan para pengunjung.



Antaranya, melihat barangan antik, kraftangan, serta berpeluang bermain alat muzik tradisional seperti tongkungon dan kulintangan.

Melihat keindahan alam, menaiki jambatan yang dibuat dari bambu, dan melihat ladang kelulut juga menjadi faktor daya tarikan para pengunjung.

“Jika pengunjung sangat bernasib baik, mereka juga dapat makan buah-buahan secara percuma pada musim buah-buahan.

“Selain itu, kami juga memberikan makanan yang tidak ada di restoran, seperti ubi kayu yang dipanggang dan seterusnya di campur dengan madu kelulut.”Ujarnya.

Menurutnya, perjalanan yang kini sudah mempunyai jarak 4 kilometer, bakal memberi cabaran hebat bagi para pengunjung Tukad Gonipis 631.



“Jarak yang baharu ini, lebih mencabar dari sebelumnya. Ini kerana, para pengunjung akan melintasi jalan yang sempit dan curam. Para pengunjung juga akan melintasi air terjun yang dinamakan ‘wasai montison’ dan akan berakhir di batu besar yang dinamakan ‘batu dongkurou.’

“Jadi, dengan perkembangan ini, saya berharap peratus kunjungan di tempat ini, akan meningkat dari sebelumnya.

“Saya sangat berterima kasih kepada Borneo Eco dan MUKEST (Mukem Ulu Kiulu Ecotourism Solutions and Technologies Society) atas bantuan dan dorongan yang tidak putus-putus sehingga kini.



“Semoga penduduk kampung Gonipis Lama, dapat memberikan kerjasama untuk memajukan tempat ini agar lebih dikenali dalam dan luar Negeri mahupun Negara.

“Semoga aktiviti-aktiviti seperti larian, juga menjadi salah satu cara untuk memperkenalkan tempat ini.Kami senantiasa memberikan sesuatu yang baharu dalam pelancongan ini.”Ujarnya.

Untuk mereka yang mahu mengunjungi pelancongan ini, bolehlah menghubungi mereka melalui aplikasi whatsapp dalam talian. 0111-907 8292(David Gungkit), 013-556 8494(Phillipa Mathius), atau melayari laman facebook mereka di https://www.facebook.com/631-Tukad-Sandangau-Kapakaan-Gonipis-Kiulu-1055493684643104/