Pengguna jalan raya Kiulu-Pukak, diminta berhati-hati

Oleh : Rayner Giun

KIULU : Sehubungan dengan keadaan jalan raya Kiulu-Pukak, yang kini dalam penambahbaikan, ia menyebabkan sepanjang jalan raya tersebut, diliputi habuk seterusnya membahayakan semua pengguna jalan raya.

Bukan itu sahaja, habuk yang saban hari semakin banyak bukan sahaja akan melicinkan jalan raya tersebut, apatah lagi pada waktu hujan, malahan habuk tersebut turut menjejaskan penglihatan para pemandu.Oleh hal yang demikian, setiap pemandu diingatkan untuk lebih berhati-hati dan memperlahankan pergerakan kenderaan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini akan berlaku. Keselamatan diutamakan, untuk kebaikan bersama.