Poring- Poring Hiking Trail Menjadi Buruan Para Hikers

Oleh : Rayner Giun

INANAM : Melihat keindahan alam dan suasana yang sangat menenangkan hati sewaktu berada di tempat tersebut, membuatkan penduduk kampung Poring-Poring, Inanam telah mengaplikasikan keindahan alam pemberian Tuhan itu, sebagai sumber untuk mendapatkan rezeki dan seterusnya untuk aktiviti menjaga kesihatan tubuh badan.

Tempat yang telah mereka jadikan sebagai ‘hiking trail’ ini telah mencipta satu sejarah, pada 24 Ogos 2019, dengan mengambil nama ‘Poring-Poring Hiking Trail’ apabila dengan rasminya, dirasmikan oleh Encik. Ronny Biun yang telah mewakili, Yang Berhormat Kenny Chua, merangkap Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah, yang juga ADUN N 13. Inanam.

Turut hadir pada waktu itu, adalah Encik Benny selaku pengerusi baharu Pertubuhan Peladang bahagian Inanam, Encik Solomon selaku Wakil Anak Negeri, dan Encik. Widdy Madaun, selaku  Ketua Kampung Poring-Poring, Inanam.

Terdahulu, Widdy Madaun sebagai pengerusi tempat pendakian tersebut, sangat-sangat berterima kasih kepada mereka yang hadir untuk memeriahkan perasmian tersebut dan seterusnya mempromosi tempat tersebut di tempat mereka, apabila mereka balik di tempat mereka masing-masing.



Sejurus selepas ucapannya, Ronny telah menyampaikan salam maaf daripada, YB. Kenny Chua kerana tidak dapat menghadirkan diri dalam perasmian tersebut kerana Yang Berhormat mempunyai program lain di Kompleks Sukan Likas pada hari tersebut. Ronnie juga mengucapkan tahniah kepada para peserta dan mengharapkan tempat tersebut menjadi tumpuan para pendaki di negeri Sabah dan di seluruh Dunia.

Majlis perasmian yang telah dihadiri 200 pendaki dari pelbagai daerah, telah dirasmikan dengan jayanya dengan pukulan gong sebanyak tiga kali, sebagai simbolik. Selepas sahaja pukulan gong itu selesai, para pendaki telah memulakan perjalanan mereka.

Jalanan yang berada dalam hutan simpan kelas IV ini memberikan jalanan yang sempit serta licin dan curam. Namun itu semua, tidak mematahkan semangat para pendaki kerana sepanjang perjalanan tersebut. Mereka senantiasa dihiburkan dengan bunyi-bunyian dari serangga, melihat pokok-pokok kayu yang tinggi-tinggi serta unik.

Selain itu, para pendaki juga diberikan pemandangan yang cantik apabila berada di setiap ‘check point’.

Antara perhentian yang sangat memukau adalah ketika berada di ‘check point tiung’, di mana mereka akan diperlihatkan bekas rumah yang ditelan oleh tanah, ataupun lebih dikenali sebagai ‘kinobunsuton’.



Mengulas kembali akan cerita ‘kinobunsuton’, Widdy menyatakan bahawa itu adalah sejarah pada zaman dahulu, ketika dalam satu majlis keramaian sedang dijalankan di rumah tersebut. Kejadian itu berlaku apabila mereka melakukan satu perbuatan dengan mentarikan seekor monyet dan seekor katak. Oleh kerana perbuatan mereka yang tidak senonoh itu, membuatkan rumah dan segala isinya tenggelam dalam tanah. Kejadian seperti ini masih dipercayai sehingga kini.

Antara lain yang menjadi daya tarikan para pendaki di tempat ini, adalah merasai cuaca yang sejuk sepanjang perjalanan. Sesudah sampai di puncak, para pendaki dapat melihat keindahan alam lebih luas lagi. Walaupun pada waktu itu, cuaca tidak berapa bagus kerana diselubungi kabus, namun para pendaki masih berpeluang melihat bandaraya Kota Kinabalu, dan melihat Gunung Kinabalu yang masih berdiri kukuh, ketika berada di puncak ‘hiking’ tersebut.

Dengan bantuan 30 orang ‘guide’, pendakian telah berakhir sekitar 12.30 petang dengan memberikan respon yang positif para pendaki sehingga mereka menyimpan hajat untuk datang kembali di tempat itu suatu hari nanti.

Bagi mereka yang mahu merasai sendiri ‘poring-poring hiking trail’, bolehlah menghubungi mereka di talian 0111-487 1722 (Girin Borok), 019-426 7395 (Elton Evon) atau melalui facebook page mereka iaitu ‘Poring-Poring Hiking Trail’ dan melalui aplikasi instagram ‘Poring_Poring_Hiking_Trail’.






Comment As:

Comment (0)

No comment found!