Jabatan Pertanian membantu petani mempromosikan produk Asas Tani

Oleh: Mr. Pai



Beaufort: Berlansung pameran dan jualan produk usahawan industri asas tani sempena mesyuarat tahunan kumpulan petani wanita maju (KPWM) di perkarangan dataran bagandang Beaufort kelmarin.

Pameran ini dengan kerjasama FAMA, PERIKANAN, PELADANG, MAJLIS DAERAH BEAUFORT, ARGO BANK dan beberapa agensi lain yang turut serta dalam pameran ini.

Menurut pegawai pertanian daerah Beaufort Suhaimi Sattu berkata, program ini adalah mesyuarat kumpulan petani wanita maju. Setiap tahun mesyuarat ini diadakan serta membuat pameran dan jualan untuk mempromosikan produk tempatan yang berasaskan tani.

"Antara produk yang terdapat dalam pameran dan jualan ini seperti kuih keringan, kuih-kuih basah, produk-produk olahan mee, dan bermacam-macam lagi.

“Pameran dan jualan produk hasil dari asas tani ini, di sertai seramai empat puluh orang peserta di mana, Jabatan Pertanian akan membantu para petani untuk mempromosikan produk mereka untuk berada di luar pasaran Beaufort.



"Kami komited untuk membawa produk keluaran Beaufort ini dengan membuat pembaharuan, seperti pembungkusan yang lebih menarik dan mempunyai label bahan-bahan yang digunakan untuk memberi maklumat kepada pengguna nanti.

“Kementerian pertanian dan asas tani mahu semua pengusaha memiliki sijil HALAL atau MESTI.

"Selain dari memiliki sijil HALAL, Kementerian juga mahu agar semua pengusaha mempunyai premis-premis untuk membuat produk sendiri dan dipasarkan." Ujarnya.

Hadir merasmikan mesyuarat kumpulan petani wanita adalah YB. Dr. Daud Hj. Yusof pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah sekali gus menyempurnakan pameran dan jualan produk usahawan industri asas tani. Turut hadir bersama penolong pengarah pertanian asas tani Encik Hj. Awang Maslee Hj. Awang Anak.