Festival Buah-Buahan Sipitang 2019 Membuka Tirainya

Oleh: Mr. Pai



Sipitang: Festival Buah-Buahan Sipitang 2019 telah membuka tirainya kelmarin dengan penuh gemilang, dibanjiri oleh kehadiran orang ramai bagi menyaksikan sendiri perasmian pesta tersebut yang di sempurnakan oleh  YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal merangkap Menteri Kewangan Sabah.


Dalam ucapannya beliau berkata, festival ini memperlihatkan keunikkan yang terdapat di daerah Sipitang, dari segi masyarakat, budaya, alam semula jadi, kesenian, buah-buahan dan lain-lain. Beliau juga yakin dengan keunikkan ini, dapat memikat hati para pengunjung dan pelancong untuk datang ke daerah Sipitang.

Tambah shafie lagi, Sabah kaya dengan sumber alam semula jadi seperti buah-buahan yang tidak terdapat di tempat lain. Dengan adanya festival ini, secara langsung dapat menjana ekonomi masyarakat daerah Sipitang.

Sementara itu, Dr. Yusof yang juga Menteri Pelajaran Dan Inovasi merangkap ADUN N.28 Sindumin, ingin menjadikan daerah Sipitang sebagai hub pelancongan yang utama di negeri Sabah.

"Dengan adanya festival ini, akan menjadi medan utama para penggemar buah-buahan terutama buah durian yang cukup terkenal di daerah Sipitang ini.

“Saya berharap agar buah-buahan ini menjadi salah satu hasil utama yang mampu di eksport ke luar negara.

"Dan kita juga akan mempromosikan satay Sipitang yang kian terkenal di seluruh Sabah."katanya.

Festival ini akan berlangsung sehingga satu September ini, dengan pelbagai acara menarik yang telah di susun atur oleh pihak penganjur untuk menarik para pelancong dari dalam dan luar negara untuk sama-sama di dalam festival buah-buahan Sipitang tahun ini.