Murug-Turug Waterfall Lokasi Menarik di Tamparuli

Oleh : Rayner Giun 

TAMPARULI : Seperti orang kata, ‘gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.’ Begitulah ungkapan bagi seorang yang tidak pernah kenal erti putus asa apabila menghadapi kegagalan dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan.

Baru-baru ini, krew dari FH Media berkesempatan bersama-sama dengan salah seorang yang sangat aktif dalam aktiviti pendakian yang juga selaku pengurus salah satu tempat yang menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara, iaitu Petrus Harry Situ.

Menurutnya, tempat yang dinamakan ‘Murug-Turug Waterfall’ ini, sebenarnya sudah pernah diterokai untuk dijadikan tempat pelancongan oleh mendiang ayahnya, iaitu Situ Bin Sodopok pada tahun 2003 sehingga 2005. Namun kerana kekurangan kewangan, pengalaman dalam pelancongan, serta tentangan dari penduduk kampung waktu itu, membuatkan tempat tersebut tidak berjaya dibuka sepenuhnya, sehingga tempat itu terbiar begitu sahaja.



Namun kerana kecekalan dan minat Petrus yang tersemat dalam hatinya, membuatkan tempat yang dahulunya dinamakan ‘Murug-Turug Eco Resort, telah diterokai semula pada 2017 dengan bantuan tiga orang belia di kampung tersebut. Walaupun tidak mendapat sebarang bantuan dari mana-mana pihak, Petrus meneruskan sahaja perancangannya itu kerana dia melihat suatu hari nanti, tempat itu akan menjadi buruan orang dari dalam dan luar negara.

Siapa yang menduga, hasil dari kerja keras mereka yang tidak pernah putus, pelancongan yang bertempat di Kampung Minangkob, 11 kilometer dari pekan Tamparuli dan 45 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu ini, telah berjaya ditubuhkan secara rasmi sebagai Persatuan Pelancongan Kampung Minangkob dengan menggunakan ‘Murug Turug Eco Tourism’ (MTET) sebagai nama pada awal 2018.

Menurutnya, sebulan selepas dari tarikh tersebut, tempat itu akhirnya melakar sejarahnya tersendiri, apabila secara rasminya tempat tersebut telah dirasmikan oleh Setiausaha Datuk Sri Panglima  Madius Tangau, yang mewakili DSP Madius Tangau pada waktu itu. Turut hadir dalam perasmian tersebut adalah Datuk Joniston Bangkuai dan Datuk Jahid Jahim.



Antara tempat yang paling menarik di tempat ini adalah air terjun yang berbagai sehingga dikenali sebagai ‘Heaven Of Water Fall’. Air terjun yang sering kali menjadi tumpuan ramai adalah ‘Air Terjun Murug-Turug’ yang berketinggian 45 meter. Selain itu, para pengunjung juga turut dapat menguji ketahanan fizikal dan mental mereka dengan mengikuti pakej yang dinamakan ‘All In One’, dengan aktiviti ‘Hill Climb’, ‘River Hiking’, ‘Jungle Tracking’ serta ‘Rock Climbing’.

Kata Petrus, walaupun tempat itu baru dibuka setahun yang lalu, namun kedatangan para pengunjung sangat memberangsangkan dengan jumlah kunjungan sebanyak lima belas ribu. Bukan itu sahaja, setelah tempat ini menjadi kunjungan orang ramai, jumlah krew dalam pelancongan juga kini telah mencapai 30 orang.

Jadi dengan jumlah pengunjung yang begitu ramai ini, dia berharap agar pihak kerajaan mahupun mana-mana pihak yang terlibat dalam memajukan eko pelancongan dapat membantu mereka serta memberikan tunjuk ajar, agar kemudahan dalam tempat tersebut sampai pada tahap yang sangat memuaskan.

Tambahnya lagi, masyarakat setempat dan orang-orang diluar sana juga sangat diharapkan agar dapat bekerjasama memajukan dan menyokong pusat rekreasi mahupun pelancongan yang ada di Sabah. Dengan kerjasama ini, negeri yang sangat dikenali dengan keindahan alam ini dapat diperkenal ke seluruh dunia.



Petrus juga berharap agar para Ahli Jawatan Kuasa tempat itu, serta mereka yang terlibat dalam memajukan tempat itu, diharapkan terus berkomitmen dan menunjukkan minat mereka dalam memajukan tempat tersebut dengan sifat kerjasama.

Untuk mereka yang mahu mengunjungi tempat ini, mahupun mereka yang mahu mengenali tempat ini, bolehlah menghubungi Petrus Harry Situ di talian 019-317 3477 atau melalui email mereka Murugturugecotourism@Gmail.com.

Selain itu, tempat ini juga boleh dilihat perkembangannya dengan melayari facebook mereka di https://www.facebook.com/murugturug

Untuk tempahan mengunjungi tempat tersebut secara online, bolehlah melayari dalam link https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe6tH91W38DDde3cE5oBhGSqYt_pAPqRgSlvo4pVsl6RqZEXQ/viewform.





Dibawah ini disertakan pakej yang ada dalam Murug-Turug Waterfall :



 PAKEJ A

3km-Return

1 waterfall (murug-turug waterfall)

Dewasa (13thn-55thn) -RM10.00

Warga Asing - RM20.00

Kanak2 (7thn-12thn) -RM5

Warga Emas (56thn>)RM5

Pelajar - RM5

kanak2 bawah 7thn-Percuma (FOC)



PAKEJ B

4km-Return

3 waterfall

Dewasa - RM15.00

Warga Asing - RM30.00

Rate Pelajar, Kanak-kanak dan warga emas -NOT AVAILABLE



PAKEJ C

8 km-Return

7 waterfall 

Dewasa -Rm30.00

Warga Asing - RM50.00

Rate Pelajar, Kanak-kanak dan warga emas - NOT AVAILABLE

CAMPING PAKEJ

Pakej 1



Camping di Murug Turug Waterfall (WATERFALL NO.5)

Day 1: masa kedatangan 8pagi-12tengahari. Hiking melalui trail Pakej A. 

Day 2: Check out sebelum jam 12 tengahari. Akan balik melalui Trail Pakej  B.

Yuran RM35/Pax



Pakej 2



Camping di Murug Turug Waterfall (WATERFALL NO.5)

Day 1: masa kedatangan 1.00-3.00petang. Hiking melalui trail Pakej B. 

Day 2: 7:00 am start hiking Full trail. Akan balik melalui Trail Pakej  A.

Yuran RM50/Pax



 PAKEJ TAMBAHAN



1. Jika memerlukan sijil Rm5/person

2. Jika memerlukan khidmat makanan 

Sarapan Pagi Sahaja RM5

Makanan Tenghari sahaja RM10

Minum Petang sahaja RM5

FULL Pakej makanan RM20

3. Jika memerlukan Tshirt 

Cotton – RM20

Quickdry – RM25

Dryfit – RM30

4. Sewa khemah

Untuk muat 2pax RM15

Untuk muat 4pax rm35