Polumpung Malangkap Destinasi Menarik Di Kota Belud

Oleh: Nelson. E

nelson@fhmedia.com.my



Air sungai dan alam semula jadi yang sungguh menarik menjadikan Polumpung Malangkap sebagai destinasi menarik untuk dilawati. Lokasi pelancongan ini terletak di kampung Malangkap, 38 Km dari pekan Kota Belud, Sabah.

Menurut pengusaha serta pemilik Polumpung Malangkap iaitu Encik Somboton, pada mulanya mereka tidak merancang untuk membina tempat tersebut sebagai salah satu daripada pusat pelancongan di daerah Kota Belud sehingga lah mereka sekeluarga datang ke tempat tersebut untuk berkelah serta menikmati keindahan alam yang ada di sana pada 2017.

Gambar kenangan mereka di lokasi tersebut telah dimuat naik oleh ahli keluarga di laman sosial Facebook dan telah menjadi viral serta mendapat perhatian umum untuk berkunjung ke tempat itu, sehinggakan ramai yang menghubungi mereka sama ada tempat terbabit boleh dilawati atau tidak.

Sungguhpun lokasi tersebut masih belum dibuka kepada umum pada waktu itu namun kehadiran ramai pengunjung ke lokasi terbabit menyebabkan pemilik tempat ini mendapat inspirasi untuk menjadikan tempat tersebut sebagai satu lokasi pelancongan yang wajib di lawati di daerah itu.



Atas sokongan padu daripada pengunjung, kini tempat ini telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti, tandas sebanyak sepuluh buah, lapan lokasi tempat mandi, Homestay, Kedai runcit, Cafe, Kem pasang siap, Alat pemangang, Mini surau, Tilam dan Mini dewan dengan harga Rm 20 sejam serta tempat letak kereta yang selamat. Dengan adanya prasarana yang menelan belanja sebanyak seratus ribu ringgit ini, ia bukan hanya selamat untuk dikunjungi malahan ianya memberi keselesaan serta menarik perhatian pengunjung dan menjadikan lokasi ini antara pilihan utama jika berkunjung di daerah Kota Belud.

Bagi menampung segala kos dan penambahbaikan tempat ini dari masa ke semasa, setiap pengunjung akan dikenakan bayaran serendah RM 3 bagi kanak-kanak dari tujuh hingga dua belas tahun dan RM 5 bagi dewasa. Bagi pelancong luar, yuran serendah RM 6 untuk kanak-kanak dan RM 12 bagi dewasa.

Bagi pengunjung yang belum pernah ke Polumpung Malangkap, anda boleh like page Polumpung Malangkap Cam Site di Facebook, Instagram dan Google. Disini anda boleh mengatahui info yang lebih lanjut mengenai lokasi ini.





Comment As:

Comment (0)

No comment found!