Bawa Daging Jalan Jauh Bahaya

Apalah nasip ku ini. Sudah lah berjauhan dengan keluarga, ditimpa masalah lagi. Akhirnya terpaksa selesaikan sendiri dan berdikari.

Ceritanya bermula dengan perjalananku balik dari kk ke Menumbuk. Waktu itu saya balik dengan menaiki kereta pada jam 3 pagi. Saya ini malas mau membeli kalau di Labuan. Selain malas berjalan seorang-seorang macam orang gila, barangan di sini agak mahal sedikit berbanding di KK. Jadi sebelum balik kelmarin, saya beli daging dan sayuran. Suamiku sudah menegur jangan beli daging kerana perjalanan jauh dan tambahan pula waktu subuh. Saya pada waktu itu tidak menghiraukan teguran dan nasihat suamiku dan tidak mempercayai kata-katanya.

Tepat jam 2 pagi, saya dikejutkan oleh jam lonceng dan bersiap untuk balik ke Labuan. Dan setibanya di jalan beaufort Kuala Penyu, kalau tidak silap saya dua atau tiga kali saya hampir melanggar sesuatu diatas jalan raya dan mengelak ke tepi. Mujur tidak ada kenderaan pada waktu itu. Ada bangkai haiwan di tengah jalan dan ada segumpulan seakan-akan kertas atau tisu di atas jalan. Ini semua tidak saya hiraukan kerana saya pasti ianya hanya secara kebetulan.

Setibanya saya di jalan Kuala penyu Menumbuk, tepat pada KM 16 sebelum sampai ke menumbuk, tiba-tiba ada dua ekor haiwan berwarna hitam dan berbulu panjang melintas jalan lalu saya terpaksa menggunakan brek kecemasan dan melanggar seekor daripadanya. Saya sangat terkejut dan mujur kenderaan di belakangku masih jauh di belakang.

Saya tidak berhentikan kenderaan kerana kawasan itu sangat gelap dan kawasan yang tidak ada rumah. Saya teruskan memandu dan setibanya di menumbuk pada lebih kurang jam 4.30 pagi, saya melihat bumper hadapan sebelah kiri kereta saya sudah pecah teruk.

Dengan keadaan masih terkejut, saya menghubungi suami saya dan dia malah memarahi saya kerana tidak mendengar nasihatnya.

Betul lah katanya. kemungkinan secara kebetulan binatang itu limpas tapi ada kemungkinan juga itu adalah jelmaan orang halus yang menghidu bau darah pada daging yang saya bawa. Bila saya ceritakan pada kawan-kawan pejabat, mereka turut terkejut yang saya sangat berani membawa daging mentah dalam kereta diwaktu subuh. Menurut mereka, memang tidak boleh kerana darah daging itu boleh dihidu oleh jelmaan orang halus.

Hmmm...Syukur hanya kereta yang rosak dan nasib baik juga saya tidak turun pada waktu itu. Pengajaran bagi semua, jangan ikut macam saya. Biarlah susah sedikit jangan susah banyak macam saya. Ada juga kawan saya cakap yang kalau terdesak membawa daging, kena sediakan awal-awal pengerasnya. Maksudnya kena sediakan potongan daging untuk makhluk-makhluk lain yang mungkin akan terserempak dengan kita di atas jalan seperti yang saya alami.

Terima kasih kerana membaca nukilan saya. Jumpa lagi di nukilan saya yang lain. Bye all..


Comment As:

Comment (0)

No comment found!