Putus Cinta Kali Ke Lima

Pertama kalinya saya sangat berterima kasih kepada FH Media kerana membuat ruangan ini. Hi saya Lucius dari Kudat. Kawan-kawan biasa panggil saya Gorongot.

Saya mau luahkan isi hati saya kepada semua. Baru-baru ini saya putus cinta kali ke lima. Saya tidak tau kenapa dan apa sebenarnya yang perempuan ini mahukan sampai saya diduakan.

Kalau diikutkan, saya pun ada kereta, ada juga kerja tetap tapi balik-balik putus cinta. Putus cinta ini bukan la satu perkara yang bikin gembira tapi ianya satu perkara yang bikin meninggal kalau ikutkan hati.

Saya tahu juga, saya ini kurus kering macam lidi lepas tu tinggi lampai macam penjuluk tapi hati saya sangat setia membalas cinta dan memberi sepenuhnya isi hati ku terhadap wanita yang sangat saya sayangi. Bila dia minta sesuatu, saya pasti bagi kerana bila melihatkan senyuman dan kegembirannya ketika dapat apa yang diinginkan, ketenangan air yang mengalir dari bibir batu di tepian begitulah tenangnya jiwa ku bila melihatnya bahagia.

Sudah 2 tahun saya kenal dengan Jessica. Dia sumandak yang paling cantik di dunia kalau bagi saya kerana dia memenuhi ciri-ciri wanita idaman. Pada awalnya dia memang sangat memahami kerjaya ku dan menerima seadanya diriku tapi sejak dia berjumpa dengan kawan baik ku di satu majlis kahwin, dari situ dia mula berubah. maka sebelum ini kami pernah berjanji akan sehidup semati dan saya juga sudah berjanji akan menghantar tunangan awal tahun depan.

kawan baik ku ini cukup rapat dengan saya sejak dari tadika lagi. Mandi lumpur, kana rotan, betumbuk, bekawan itulah si Bohingoi.

Pada mulanya saya tidak syak sesuatu antara mereka kerana bila kami sama-sama berjalan, tidak pun ada yang pelik saya rasa diorang ini. namun orang bilang Biar tupai pandai melumpat, kadang-kadang tehampas juga di tanah kalau tidak ngam lendingan dia. Saya kedapatan diorang besium. Saat saya melihat kejadian itu, betul-betul hancur hati saya. Depan mata kejadian ini berlaku dan saya tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menyebut nama Jess, diorang terkejut melihatku berdiri di depan mereka dan tidak ku sedari air mataku jatuh dan membasahi pipiku. Jessica yang sangat ku sayang dan ku idamkan menjadi isteri ku, becumbuan mesra di depan anak mataku.

Ku lepaskan Jessica kerana bagi saya, dia tidak mencintaiku. Kalau dia cinta ku sepenuh hati, dia tidak akan melakukannya sama orang lain.

Jessica. Jika kau terbaca nukilan ku ini saya sudah maafkan kau. Saya akur dengan keputusanmu. Kata-katamu hari itu sememangnya cukup berikanku satu sentuhan api dalam jiwa namun adalah lebih baik untuk melepaskanmu daripada sengsara mencintai orang yang tidak sepenuhnya mencintaiku.

Biarlah aku sendiri, biar keheningan malam ini menyelimuti tubuhku dan biarkan embun yang turun membasahi hatiku yang terbakar dengan tingkahmu.

Ku undur diri bukan saya mengalah, namun ku undur diri kerana inginkan mu bahagia. Ku tahu dia lebih menarik daripada ku dan ku doakan kamu bahagia disampingnya.

Biarlah luka ini ku simpan sebagai memori, bahawa saya pernah bercinta dengan mu. Air mata ini ku titiskan di atas air sungai yang mengalir, semoga ada insan lain yang tersentuh dengan titisan ini dan menjadi benih cinta kepada ku...Selamat tinggal Jessica.