Ibubapa ku sudah tiada

Hi, nama saya Jude dari Tuaran. Nama samaran Gompingas. Pertama kali tahniah kepada FH Media kerana membuka ruang kepada semua pembaca untuk menulis di dalam ruangan nukilan. Semoga terhibur dengan nukulan-nukilan saya.

Hujan adalah satu rahmat bagi kita semua. Tapi kadang-kadang hujan ini bikin sakit hati juga sebab kasi basah kain di ampayan. Tapi kadang-kadang bila hujan turun, saya selalu teringatkan ibu dan ayahku yang sudah tiada.

"Ompingassss!!!! uliii... rumasammm.. ( gompingas balik, hujan). kata-kata ini akan sentiasa berdesing di telinga saya bila saja hujan turun kerana inilah kata-kata yang keluar daripada mulut ibuku ketika waktu kecil dulu. Sampai saja di rumah petttt! rutan. Sebab apa, semua basah baju main gelonsor di lumpur. Biarpun waktu itu saya rasa sakit kana rutan tapi kini ia menjadi kenangan terindah kepada saya kerana tika ini ibu dan ayahku sudah tidak ada lagi. Tidak ada lagi sapaan, Ompingas, ongoi akan, ongoi podsu. ( pergi makan, pergi mandi ). Ibuku akan buatkan kuih dan buat kupi untuk saya. kami duduk di dompuran ( tempat masak ) dan bapa pula bercerita cerita yang lucu-lucu. Saya anak tunggal dan mereka cukup sayang dengan saya. Namun mereka pergi meninggalkan saya dan saya sendirian menjalankan kehidupan. Ianya cukup sakit untuk di nyatakan tapi itulah saya.

Hmmm. Jika mereka masih hidup,saya tidak akan kesunyian begini. Saya cukup menyesal sebab tidak dengar nasihat mereka dulu belajar bagus-bagus.

Saya kini kerja tidak menentu, belum berkawin. saya mau juga macam kawan-kawan yang suda ada anak tapi apa buli buat, nasip suda begini. Dulunya saya selalu dimarahi oleh ibuku kerana jarang ke sekolah. Saya suka berjalan-jalan melastik burung tapi kini, apabila sudah besar penyesalan itu tidak boleh dikira. kalau la masa boleh diundur, saya mau dengar nasihat ibuku.

Apa, ama kalau la kamu dengar isihati saya ini, saya cukup menyesal dan sangat merindui kamu dua. Tidak ada sesiapa di dalam dunia ini. Saya sendirian tanpa kasih sayang kamu berdua. Walaupun ada saudara mara tapi tidak sama dengan adanya kamu dua di sampingku. Saya rindu kita bekumpul sama-sama.