HANYA DI MATA KU

HANYA DI MATA KU



Part 1 



Ketika bulan penuh, mata ku tak lekang dan terus menatap ke langit. Setiap bulan adalah merupakan penantian bagi ku. Seakan tak tenteram jiwa menanti timbulnya si bulan purnama. Menatap si purnama membuatkan aku tak sedar entah berapa lama aku berdiri dan menatap langit. Sehinggakan ibu ku sendiri selalu menegur dan memarahi ku. Rupanya sudah 6 jam aku berdiri. Emm, memang sah ibu kata aku gila. “Mana ada orang berdiri lama tanpa bergerak berjam-jam”. Itu lah kata-kata yang sering kali ibu ucapkan apabila bulan purnama. Aku hanya diam dan membisu. 



Seperti biasa berangkat ke sekolah, tepat jam 5, aku harus meninggalkan rumah dan meredah hutan tebal sepanjang 4 kilometer untuk menuju ke perhentian bas. Sekiranya malam kelam tanpa cahaya si purnama aku akan gagahi langkah ku bertemankan doa. Sewaktu bulan purnama aku adalah orang yang paling gembira berangkat ke sekolah. Setiap langkah ku di temani dengan cahaya si purnama dan sebagai ucapan terima kasih aku akan menatap ke langit dan tersenyum kepada si purnama. “Duii!! Tingu si gila senyum tingo langit!! lariiii jangan kawan dia!! Dia gila tu!! Hahaha!! boooo!!” 



Kata-kata itu membuatkan diri tersentak tunduk dan membisu. Tanpa peduli aku melangkah terus menuju kelas. “Eeh! Tingo ba, kutur kasut dia, baju pun ada lumpur, hoii!! Ko p skola naik bas ka naik karabau?!, jau! Kami tidak mau dekat dengan budak anak sundal!”. Mendengar perkataan sundal dan kata-kata hinaan sudah menjadi asam garam dalam dunia ku. Alam persekolahan umpama neraka bagi ku. Sewaktu sesi belajar dalam kelas ada saja hukuman untuk ku. Rotan memang sudah sebatih dalam rutin sekolah harian. “Hulur tangan!! Pencuri!!” aku akur menghulurkan tangan walaupun aku tidak mencuri. “PaPp!! PapP!!” bergegar tangan ku menahan sakit. Sewaktu sesi rehat aku gemar bersendirian di pinggiran pondok. Lagipun manada duit untuk beli makan, duit cukup untuk tambang balik saja. Siapa kata aku tak lapar.. hanya minum air paip untuk menahan lapar. “Ko lapar?? Kesiann.. Naah, ko makan lah, ambik lah naah..” si cantik menghulurkan makanan. Aku hanya melihat dan cuba mengambil makan tersebut dan “zapp” tangan ku di tendang. Aduh!, aku terduduk menahan sakit. Si cantik dan kawan-kawan nya berlari sambil melihat kearah ku dan mentertawakan aku. Aku hanya mampu mengesat air mata, dan aku tak mau ada yang melihat aku menangis menahan sakit. “Apa ko tingo-tingo?! Anak sundal! Bagus ko diam! Muka macam babi!!”. lagi hinaan yang ku terima. Sudah menjadi kebiasaan dalam harian ku mendengar hinaan dan cacian dari rakan sekolah dan masyarakat sekampung. 



Aku suka hidup dalam dunia ku sendiri. Kerana tiada yang menyakiti, menghina,menghukum aku. Sekembalinya aku dari sekolah, sudah menjadi rutin ku untuk singgah di suatu tempat. Bagi ku berada di bawah pohon dan mendengar aliran deras air sungai merupakan kedamaian bagi ku. Setiap kali aku di sakiti, aku akan duduk menyandar di pokok sambil kaki ku mencecah air sungai, akan ku luahkan segalanya seakan di tempat itu alam mendengar semua penderitaan yang ku alami. 



Hidupku ku bertambah kelam apabila aku diperkosa oleh syaitan bertopengkan manusia. Ini bukan pinta ku. Maaf aku belum cukup kuat untuk bercerita...aku bersendirian tanpa sesiapa yang simpati. 



BERSAMBUNG..