Jessica Call Saya

Jessica : Hi Ony apa khabar. (Ony adalah nama manja sia yang si Jess kasi sa taim kami besinta dulu, abis kalau gorongot macam kuat meginum bah. )



Saya : Uih, Jess Kaini. Baik saja ba. Apa angin koe call sa ni. Lama betul suda koe nda cari sa.

Jessica : Eya sorry. Sa ada terbaca tu nukulan koe di FH Media. Thanks ah, koe sudah maafkan sa.

Saya: Oh eya. (dalam hati, waa sampai juga nukilan itu sama si jess. Sambil tersenyum hihih ).

Jessica: Boleh kita kapel balik.

Saya: Urang bilang, Sedalam-dalam lautan, sa tia barani terima sinta kau lagi sebab kau suda ada yang punya sama kau kasi tinggal sa dulu.

Jessica: Eya ba, memang tapi sa cukup menyesal sebab kasi tinggal kau. Rupanya si Bohingoi itu banyak sumandak, keliling pinggang. Kuat moginum lagi.

(dalam hati sa, kotoh. Baru kau tau. Bohingoi baitue, paling hensom di kampung sa. Pernah ikut mistoh Kaamatan tuari tapi uncit. Kuat moginum lagi. Na ambi kau. Sudah la si jess ni gumuk macam telitubis, ada hati mo kasi tinggal sa. Na rasain loo).

Jessica: kau dengar ka inda ni Ony.

Saya: (Takajut dari lamunan ) o ya dengar ba. Ba sa fikir la dulu abis sa pun macam ada yang mau-mau suda ni. Nanti sa kasi senarai kau dalam senarai peminat la, KIV urang bilang. Sa tingu apa macam.

Jessica: Amboi kau pun banyak sumandak ka pula.

Saya: Tok kau ingat cincai ka. Sepanas-panas kui lasu, Kurus karing macam ini pun laku tau. Bah nanti la sa fikir dulu.

Jessica: Erm ba ya la. Segala yang berlaku bukan pinta ku tapi mungkin itu adalah takdir dan kesilapan daripada diri ku sendiri. Sa cukup menyesal dan sa mohon kemaafan dari mu.

Saya: Erm. ( tuttt.sa tutup hempon ) kin gali.

Langit tidak selamanya cerah. Biarkan burung berkicauan di atas dahan asal jangan berak di atas kepala sa yang sedang syahdu ini.

Kesakitan hatiku ini, kurasakan semakin sembuh apabila Jess menghubungiku dan ingin kembali. Sungguhpun aku masih cinta dengan dia tapi kenangan silam memagari hasrat hatiku untuk menyentuh hatinya kembali.

Mataku menatap langit yang cerah. Keheningan malam ini menemani sepiku. Hmmmm, hembusan nafas legaku disambut dengan usapan angin malam di pipiku yang macam jalanraya gravel. Sejuk dan damai.

Sungguhpun aku masih belum berpunya, namun hatiku menggigit jiwaku agar tidak menerima cinta Jessica yang pernah menabur garam di luka ku yang kini berparut.

Jessica, carilah yang lain. Aku tidak seperti keinginanmu dan aku bukan sampan hatimu yang ingin mengikutiku ke seberang dan meninggalkanku di tepian pantai bila sampai ke daratan. Aku bukanlah sekejam semut yang menggigit kakiku yang sedang menangis ditinggalkan mu dulu tapi aku tidak mahu dikecewakan kali kedua. Maafkan aku Jessica.

Ikhlas dari Ony @ Gorongot 

Thanks FH Media kerana tidak sangka, nukilan sa sampai sama Jessica. Thanks juga kerana membaca nukilan sa.


Comment As:

Comment (0)

No comment found!