Kalaulah saya sedar dulu...

Oleh : Rumandawi



Baru-baru ini, sia ada meningu tu korea punya drama, punya siok. Tajuk dia eighteen again. Hensem noh maa dia punya pelakon. Kisah dia ni pasal tu lelaki kembali pergi masa lalu untuk kasih selamat kawan yang dia suka daripada bunuh diri. Terus sia teringat tu kisah sedih yang berlaku dulu. Kami kehilangan salah seorang ahli keluarga kami sebab dia pilih untuk menamatkan hidup dia sendiri dengan minum racun.



Saya belum faham apa-apa masa itu, saya masi tanak po. Tapi satu hal  yang saya pasti, dia menderita kehilangan orang yang tersayang dan dia memang mengalami kemurungan. Tapi kami tidak sedar akan kelukaan dia sebab dia pandai tapuk perasaan dia. Dia Nampak okay saja di luar. Dia buat kerja harian dia macam biasa saja. Tapi dia suka meginum terus kalau tida pigi meginum, dia pandai mongolutau(membancuh tapai untuk diminum), malam-malam bikin tambang tidur dia bilang sebab dia tidak dapat tidur.



Sampai suatu saat, kami dapat berita dia masuk hospital, kami kena suru pulang kampung sudah dan kena suruh bersedia sudah. Kami hairan sebab tidak pernah tau dia ada penyakit, sampailah kami kena bagitau yang dia masuk hospital sebab minum racun. Sekejap saja dia bertahan, terus dia menghembuskan nafas terakhir di hospital juga. Doktor masa itu pun tidak boleh buat apa-apa sudah, sebab tu racun kuat betul.Kalaulah ada peluang mahu balik pergi masa lalu, macam tu korea punya cerita, saya mau buat pilihan menemani dia dan memberi  kekuatan sama dia, menyokong dia sampai dia rasa dia tidak keseorangan dalam kesepian sama kelukaan dia tu.



Dunia sekarang tidak macam dulu lagi, semakin  moden, semakin banyak perkara berlaku jika teknologi tidak digunakan dengan betul sehingga memberi  impak negatif. Jangan kita terlampau lalai sama teknologi, lalai  mengupdate status, terus kita tidak sedar akan perubahan sikap orang-orang terdekat kita, manatau dorang menderita kemurungan yang serius. Apapun, jangan cepat- cepat mau judge orang. Setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya. Amalkan sikap peduli supaya apa yang pernah berlaku sama kami ini, tidak berlaku sama orang lain juga, kerana penyesalan begini menyakitkan.