HANYA DI MATA KU part 2

HANYA DI MATA KU



Part 2



Setelah peristiwa kelam itu, aku hilang percaya terhadap orang di sekeliling. Bagi ku mereka semua sama, kelihatan baik tapi disebaliknya mereka adalah syaitan bertopengkan manusia. Aku sangat benci dan jijik melihat mereka datang ke rumah dan bersalaman dengan keluarga ku. Tersenyum mesra seolah-olah tiada hal yang pernah berlaku. Dasar manusia bernafsu syaitan! Bagi aku, keluarga ku adalah orang baik. Aku hanya percaya kepada ibu bapa dan adik-adik. Namun aku tidak mampu untuk menceritakan hal yang berlaku terhadap diriku. Kerana keluarga ku menganggap aku “Gadis Suci” dan aku tidak mahu keluarga ku bersedih. Aku sembunyikan semua luka duka dan tangisan sedalam-dalamnya di lubuk hatiku. Tiada seorang pun dalam keluarga ku yang tahu. Di hadapan ahli keluarga aku berlagak seperti biasa saling bergurau senda, tertawa bersama. Bayangkan dalam usia muda itu aku berusaha untuk menyembunyikan segala deritaku demi menjaga maruah keluarga. Untuk menenangkan jiwa dan raga, Aku sering berkunjung dan duduk dalam jangka masa yang panjang di bawah pohon tebing sungai. Segala peristiwa yang menimpa diri aku luahkan kesemuanya di sana, ternyata alam mendengar dan memahami. Kalau sebelum ini, aku hanya berkunjung setiap hari selepas pulang dari sekolah. Kini, aku berkunjung hampir setiap jam kerana aku tenang bila berada di sana dan aku beri nama tempat tersebut sebagai ‘taman curahan hati’ dan pohon besar itu aku sebut sebagai ‘pokok kesayangan’. Suatu hari, akibat terlalu letih aku duduk bersandar di bawah pokok dan tanpa sedar aku terlena. Nyaman sekali.. Tanpa gangguan. Entah berapa lama aku tertidur. Aku dikejutkan oleh suara yang memanggil nama ku. “Eli, eli, bangun balik la petang suda ni, nanti mama ko rotan kalu ko lambat balik”. Aku terjaga. Mata ku meliar mencari suara yang memanggil nama ku. Dan aku agak tersipu malu apabila terlihat budak lelaki sebaya usia ku sedang memperhatikan aku dengan senyuman. Dia yang berdiri di sisi pokok besar tempat aku selalu bersandar duduk. “Hai, bangun sudah dia,” aku hanya mampu tersenyum paksa kerana malu. Aku bingkas bangun dan berlari tangkas untuk pulang ke rumah. Takut-takut kalau ada yang melihat kejadian tadi pasti ribut sekampung mengejek. Setibanya aku di rumah, dengan tangkas tangan ku menyiapkan semua kerja rumah yang belum aku selesaikan. Emm, kalau kedapatan belum kemas rumah alamat rotan menyambar kaki. Seperti kebiasaan makan malam aku yang sediakan, selepas makan malam semua harus masuk untuk tidur. Aku, biasa lah pantang tidur sebelum mendongak ke langit sekurang-kurangnya, menatap si purnama untuk seminit dua sudah memadai bagi ku. Sewaktu aku mendongak ke langit fikiran ku tetiba teringatkan kejadian yang bagi ku agak memalukan. “Waduh, bagaimana lah rupa ku sewaktu ketiduran lena di sana, jangan-jangan mulut ku melopong luas. Arrh.. malu nya”. Aku pantas masuk ke dalam rumah lalu menuju ke tempat pembaringan dan terus berbaring. Walaupun mata ku hampir tertutup kerana terlalu penat campur mengantuk, fikiran ku sempat berputar dan banyak persoalan yang timbul dibenak fikiranku. Siapa itu budak lelaki? Dari mana? Asal kampung mana? Baru pindah dan masuk kampung ka? Kenapa dia boleh berada di sana? Bikin apa dia dibawah pokok kesayangan ku? “Iskk, cari la pokok lain jangan di pokok kesayangan, tidak mau kongsi. Itu, ‘pokok kesayangan dan taman curahan hati’ aku seorang yang punya,. Siapa kacau tempat ku awas”..



BERSAMBUNG..