Terjumpa Jessica Di Tamu Kiulu

Hi, bertemu lagi sama sya. Lucius @ Gorongot



Hari itu sa sengaja ke Kiulu. Ngam-ngam sa cuti hari dua jadi saya datang ke Kiulu saja untuk cari permandangan baru. Sa bertolak dari KK lebih kurang jam 6 pagi dan sampai di Kiulu mau jam 7 lebih sudah. Sampai saja di Kiulu terus sa cari sarapan. Emm sadap. Lepas sa makan, sa raun-raun di tamu. Sedang sa tingu-tingu hasil tanaman kampung, tiba-tiba satu bau wangi menyinggah tepat di hidungku yang kana pijak karabau ini.

”Ku kenal bau minyak wangi ini,minyak wangi bau cap jaitun dari Arab. Tapi dari mana ya” soal hati ku.



Ku amati betul-betul sehingga bekerut dahi sa mau fikir. Dan tiba-tiba suara sayup-sayup kedengaran beserta angin dari sungai Kiulu. “Ony”.

”Eh, siapa kah itu. Macam pernah ku dengar suara ini tapi di mana ah” detik hatiku. Dan terus sa menoleh ke belakang. Aduh… Kisah lama rupanya di belakang.

”Eh Jessica, kau kaini. Apa khabar” Sapah ku. Maka dalam hati, ‘eh apa si teletubis buat ni di sini, macam tau-tau pula dia sa di sini’ kata dalam hatiku.

”Saya saja datang di sini, mau beli sayuran kampung yang segar dari ladang. Kau apa buat sini”katanya.

”Oh, saya sedang main bola sipak takraw baini”kataku sambil bergurau.

Ketawa terus dia sa cakap begitu. Erm, terus kami duduk minum kupi.

Angin siring sungai Kiulu menyegarkan hatiku seolah-olah dia tau sa sedang menikmati kegembiraan bersama Jessica.

Hari itu Jessica meluah dan menangis kerana menyesal tinggalkan sa dulu. Kasian juga sa nampak dia tapi apa buli buat, sa masih tidak mampu menerima cintanya kembali. Sa masih trauma bagaimana dia perlakukan sa di depan mataku sendiri.

”Jess, syukurlah kau sudah menyesal tapi macam yang sa cakap hari tu dalam wasap, sa masih belum bersedia menerima cintamu kembali. Sudah ada insan yang menyinggah dalam hatiku yang kini sangat mencintaiku,” kataku sama dia ( maka mana ada, saja jual mahal maitue, padan muka tu teletubis. Dulu punyala eksen masa kasi tinggal sa ).

”Ermmm tidak apa la Ony, kalau kau tidak mau terima sa lagi, sa tidak paksa tapi sa harap kalau terbuka hati kau untuk ku, wasap saja sa. Sa sentiasa menanti saat itu” Katanya sedih sambil beredar dari tempat duduknya.

Tekejut juga la dia terus beredar, bukan apa ba…abis siapa yang mau bayar ini makanan. Sudah la dia makan mee guring kariting dua piring, sayap ayam tiga, telur saparuh masak dua, kupi lagi, kui lisak pun tiga. Hadehhh terpaksa la kasi halal belanja dia.

Lepas saja bayar makanan, sa terus pergi ke tamu lagi terus beli sayuran kampung yang sudah sa nampak tadi dan terus balik KK.

Dalam perjalanan, sa masih teringatkan kisah tadi bersama Jessica si teletubis yang pernah sa sayangi dahulu.

Aku bukannya kejam padamu Jess tapi hatiku masih berduka atas kepemergian tapak cintamu yang pernah singgah di pulau hati ini. Sungguhpun kini masih tidak mampu melawan perasaan bahawa Jessica itu kejam, tapi sa berharap suatu masa nanti hatiku bisa pulih kembali dan terima dia kali kedua, itu pun kalau dia tidak betambah gumuk. Kalau betamba gumuk, erm tingu dulu la.



Nukilan : Gorongot.