Rupanya Masih Ada Secebis Cinta Untuk Jessica

Aku tak mengerti kenapa aku tiba-tiba sampai ke tempat yang belum pernah ku jejaki. Aku langsung tidak mengenali mereka yang berada di sekitar kawasan ini. Aku mulai hairan dan cuba berjalan di sekitar kawasan taman yang sangat indah ini. Waaa udaranya sangat nyaman dan segar,  menghilangkan rasa penat seharian Bekerja.

Aku melihat ramai sungguh insan berpacaran duduk di taman itu dan tidak kurang juga keluarga yang berkelah di tepi tasik yg luas dengan suasana yang nyaman.

Ku labuhkan punggungku yang kempis macam papan ini di sebuah kerusi bersebelahan dengan sebatang pokok di tepi tasik.  Ahhh sedap air ini.  Hilang rasa dahaga ku. Tika ku melihat sekumpulan bangau mencari makanannya di tasik nun jauh d sana,  tiba-tiba sesusuk tubuh wanita berdiri di hadapanku.

"Eh,  Jessica. Apa kau buat di sini, " sapaku sambil perlawa dia duduk di sebelahku.

Aku terkejut Jessica semakin menawan. Dulu badannya gempal macam teletubis,  rambut tempurung kini sudah slim, ramping dan rambutnya panjang sampai bahu lurus macam benang sutera. Bulu matanya melentik macam baby dol.

"Aduh jess, lawanya kau," kata hatiku.

"Apa khabar ony,  sihat ka. Lama tidak dengar khabar, " katanya mesra.

Aku masih lagi kenal dengan suara manjanya, halus dan bikin sejuk hati.

"Ok ba ni, macam yang kau lihat sekarang ini la. Seceria sa kau lihat,  begitu juga ceria hatiku bertemu kau hari ini. Sa bersyukur dapat jumpa kau hari ni Jess sebab memang sa rindu kau" kunun sa cakap. (maka takajut si jess sudah cantik)

Entah kenapa,  kebencian ku dengan si teletubis ni tiba-tiba hilang dan timbul perasaan cinta yang dahulunya pernah ku alami bersama dia.

"Aduh jess andainya kau masih belum berpunya,  aku mau sudah terima cintamu." kata dalam hati ku.

"Ui melamun nampak. Fikir apa tu"katanya sambil tersenyum.

"Waduh ada harapan ni, baik sa terus terang yang sa sudah maafkan dia sejak yang berjumpa di Kiulu tempoh hari.  Eeh gerigitan betul sa sama si teletubis ni, "kata dalam hatiku.

Belum pun sempat bibirku terbuka untuk mengungkapkan hasrat itu, tiba-tiba seorang lelaki gemuk macam badak sumbu yang macam sepuluh hari tidak mandi, menghampiri kami dan menjemput jess pergi.

Dug dug dug,  jantung ku tiba-tiba berdegub kencang dan rasa jantungku dihimpit dua batu yang besar. Rasa kehilangan yang teramat dalam.  Dan tiba-tiba jessica menoleh padaku dan berlari ke arahku kembali. Hatiku sangat gembira yang tidak terkata,  rasanya macam sa dapat makan ice krim perisa Yam ketika matahari terik bersinar.  Jessica mendekatiku dan menghampiri tubuhku.  Aduh bergegar seluruh tubuhku dan pipi Jessica yang mulus menyentuh pipiku dan membisikkan sesuatu di telingaku ditemani hembusan angin dari tasik itu. Aduh bahagianya ku rasa saat ini.

"Gorongot, ku tau kau suka sa. Tapi sorry kau bukan taste ku.  Kau sudah la kurus macam lidi, tinggi macam penjuluk mangga, hanya hantu gigi saja yang suka kau ni." bisiknya sambil berlari pergi.

Jess, Jess, Jess sa suka kau Jess.  Sa sudah terima cinta kau padaku." Teriak ku tapi Jessica berlalu pergi tanpa pedulikan ku.  Ku teriak lagi dan ulangi ayat-ayat pancingan itu tapi semuanya sirna. Semua orang di sekelilingku ketawa melihat tingkahku macam kerabutan gula-gula tuntung.

Miau, miau, miau tiba-tiba masuk tepat di saluran cuping telingaku.

"Eh, sejak bila ada kucing di taman ini." kata dalam hati ku dan tiba-tiba aku terbangun.

Arghhh rupanya aku bermimpi tadi. Bunyi kucing tadi itu rupanya bunyi si tomey kucing kesayanganku.

Ku sentuh mataku dan ku usap pipiku, rupanya air mataku penuh membasahi pipiku yang garabel ni.

Hatiku masih sakit terkenang mimpi tadi.  Ku gapai handphone ku dan melihat jam yang kini tepat jam 2 pagi.

"Eh... Ada sepuluh miscall? Siapa ni" kata ku dan melihat ada satu pesanan sms. Ku buka sms itu dan melihat empat perkataan 'Ony I Miss U'

Arghhh sms dari Jessica! Hati ku cukup bahagia kerana mendapat teks itu. Ku lihat miscall itu dan rupanya dari Jessica juga.

"Aduh kenapa sa tidak sedar dia call,"kataku.

Petang kelmarin sa sangat letih bermain futsal bersama kawan dan mungkin sa tidur nyenyak agaknya tadi.

Kesedihan dan kesakitan hatiku yang tadi sudah hilang selepas dapat teks itu.  Em nda apa esok sa call dia...



Hi.  Thanks kerana baca nukilan sa. Saja buang boring sambil meluah pengalamanku sama Jessica. Nantikan sambungan cerita ini ya.

Ikhlas dari sa Lucius alias Gorongot.