Malaysia Website Awards Beri Impak Besar Kepada Pengendali Laman Web



Malaysia Website Awards (MWA ) merupakan satu-satunya penganugerahan gilang-gemilang yang memberikan penghargaan kepada golongan profesional yang terlibat dalam bidang berkaitan laman web.

Pengarah Urusan dan pengasas Exabytes, Chan Kee Siak berkata majoriti peserta yang menghantar penyertaan terdiri daripada pelbagai agensi dan mempunyai kerjaya yang berkaitan bidang laman web.

"Para peserta yang menghantar penyertaan majoriti terdiri daripada pereka laman web, agensi laman web, pembangun laman web, agensi pengiklanan, SMEs, bloger dan freelancer.

"Malah rata-rata karier peserta yang turut serta menghantar penyertaan terdiri daripada golongan Pengarah, Pengarah Kreatif, Pengarah Urusan, Pereka Laman Web dan Bloger," katanya.



Beliau turut memberitahu terdapat peningkatan yang mendadak dari segi statistik program berkenaan.

"Terdapat peningkatan yang ketara dari segi statistik lepas bagi program ini dari segi tontonan, kesan, penama dan undian. Pada tahun 2016 tontonan mencatatkan statistik 100,908, kesan mencatat 158,324, penama sebanyak 468 dan undian sebanyak 7,796.

"Statistik meningkat berkali ganda tahun 2018 di mana tontonan mencatatkan statistik sebanyak 309,632, kesan 692,345, penama sebanyak 825 dan undian pula sebanyak 26,054.

"Bagi tahun 2017 pula tontonan mencatatkan statistik sebanyak 269,245, kesan sebanyak 483,708, penama sebanyak 660 dan undian pula mencatatkan sebanyak 20,843. 

"Secara ringkasnya, penama telah meningkat kira-kira 40 peratus secara purata," katanya.

Antara penaja dalam program ini ialah Frambie, Colony, Startup Tshirt, KipleBiz, .asia, Billplz manakala media rasmi bagi program ini pula adalah FH Media dan Malaysia News TV.

Program berkenaan merupakan anjuran Exabytes dan dimulakan sejak tahun 2015 lagi.



 


Comment As:

Comment (0)

No comment found!