Majlis Anugerah Malaysia Website Award 2019 Melabuh Tirai



Majlis Anugerah Malaysia Website Award menyaksikan persaingan sengit di antara semua peserta yang menyertai program penganugerahan terbabit.

Pengarah Urusan dan pengasas Exabytes, Chan Kee Siak berkata pemenang setiap anugerah telah diumumkan dalam program berkenaan.

"Bagi pemenang Commercial Category dimenangi oleh Bike Bear dengan laman web bikebear.com.my manakala bagi pemenang Personal Category dimenangi CERAVA dengan laman web ceravasarawak.com.

"Sementara itu, bagi E-Commerce Category dimenangi Multimedia Art Workshop Sdn Bhd untuk laman web mereka twogastroneme.com," katanya.

Beliau turut berkata kualiti pertandingan juga telah meningkat saban tahun.

"Kualiti penyertaan pertandingan yang dihantar peserta semakin meningkat dari tahun ke tahun menyebabkan juri yang dilantik sukar untuk memberi markah.

"Persaingan sesama peserta yang bertanding juga menjadi semakin sengit," katanya.

Chan Kee Siak berkata pihaknya akan menambah beberapa penambahbaikan untuk program terbabit di masa akan datang.

"Kami akan menambah beberapa penambah baikan seperti meningkatkan templat laman web UIUX, ketelusan pengiraan markah dengan lebih mendalam, melantik lebih ramai panel juri dan menambah lebih banyak anugerah untuk dimenangi," katanya.

Program berkenaan telah berlangsung dengan meriah pada Colony Coworking Space and Event Spaces, Star Boulevard KLCC pada 13 Februari lepas.





FH MEDIA CALON MALAYSIA WEBSITE AWARDS 2020. Nyatakan sokongan anda dengan menghantar undian bagi kategori anugerah laman web paling popular. Klik link untuk undian https://www.mwa.my/2020/jan/fh-media



Cara hantar undian seperti dalam video