Isi Rumah B40 dan OKU Antara Penerima 1163 Unit Dekoder Myfreeview



KOTA- KINABALU: Sejumlah 1163 daripada 3000 unit Dekoder Myfreeview telah berjaya diagih-agihkan kepada penerima isi rumah B40 dan OKU pada hari pertama Majlis Penyerahan tersebut diadakan.

Majlis Penyerahan dilakukan oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo bertempat di Kompleks Bersepadu KKMM di sini pada Khamis.

Govind dalam ucapannya berkata, penyiaran televisyen percuma menggunakan teknologi analog selama 56 tahun yang lalu telah pun ditamatkan susulan kejayaan pelaksanaan Analogue Switch-Off (ASO) secara berfasa.

Bermula dengan projek rintis di Pulau Langkawi, Kedah pada 21 Julai 2019, Wilayah Tengah dan Selatan pada 30 September 2019, Wilayah Utara dan Selatan pada 14 Oktober 2019 serta fasa terakhir di Sabah dan Sarawak pada 31 Oktober 2019 yang lalu.

"Malaysia kini telah beralih dari siaran TV analog kepada siaran TV digital myFreeview sepenuhnya yang ditawarkan secara percuma tanpa yuran bulanan.

"Peralihan ini memberikan satu anjakan serta peluang kepada pengamal industri penyiaran dalam usaha mencorak dan mengukir wajah baru dunia penyiaran tanahair.

"Pada hari ini, Rakyat dapat menikmati siaran TV digital MyFreeview melalui penggunaan dekoder dan Integrated Digital TV (IDTV) yang di sambungkan kepada antena luaran

atau dalaman.

"Bagi mereka yang masih belum mendapatkan dekoder atau IDTV tersebut, saya menyeru agar segeralah lakukan sedemikian bagi menikmati siaran TV digital MyFreeview secara percuma yang menawarkan pelbagai pilihan saluran TV dengan kualiti audio dan visual definisi tinggi," katanya.

Menurutnya lagi, Kerajaan tetap akur dan mengiktiraf keperluan Rakyat terutama golongan seperti B40 dan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam meniti arus perkembangan digital.

"Menyedari hakikat ini dan selaras dengan konsep Kemakmuran Bersama, Kementerian ini telah mengambil inisiatif untuk mengagihkan dekoder percuma kepada golongan B40 dan OKU demi memastikan golongan ini tidak ketinggalan dalam mengakses informasi secara mudah.



Govind Mendengar penerangan tentang pemasangan MyFreeview.

"Kami menyedari bahawa masih terdapat permintaan rakyat untuk mendapatkan dekoder percuma ini, sebagai Kerajaan yang prihatin dan sentiasa peka terhadap keperluan rakyat, kami telah memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada permintaan ini.

"Maka, kerajaan melalui MCMC akan melaksanakan inisiatif pemberian 300,000 unit dekoder percuma kepada isi rumah B40 dan OKU sebagai tambahan kepada 2 juta unit dekoder yang telah diperuntukkan oleh syarikat MYTV sebelum ini.

"Kos yang dianggarkan sebanyak RM30 juta untuk tujuan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan," katanya lagi.

Tambahnya, siaran TV Okey yang disediakan khas untuk Rakyat Sabah dan Sarawak oleh RTM bertujuan membuka peluang kepada penerbit tempatan untuk menyediakan kandungan- kandungan baru yang sesuai dengan cita rasa Rakyat tempatan.

Beliau turut menyeru agar penerbit-penerbit tempatan mengambil peluang untuk menyediakan pelbagai kandungan TV kepada platform TV digital.

Pada masa ini, platform MyFreeview menawarkan 14 saluran televisyen percuma iaitu TV1, TV2, TV Okey, Berita RTM, RTM Sports, TV3, ntv7, 8TV, TV9, 2 saluran interaktif CJ Wow Shop, Bernama TV, TV Al Hijrah dan Astro Go Shop, berbanding tujuh saluran TV yang ditawarkan menerusi siaran TV analog sebelum ini. Di samping itu, platform MyFreeview juga menawarkan enam saluran radio RTM iaitu Nasional FM, Asyik FM, Klasik Nasional, Traxx FM, Ai FM dan Minnal FM.





FH MEDIA CALON MALAYSIA WEBSITE AWARDS 2020. Nyatakan sokongan anda dengan menghantar undian bagi kategori anugerah laman web paling popular. Klik link untuk undian https://www.mwa.my/2020/jan/fh-media



lihat video untuk cara mengundi 


Comment As:

Comment (0)

No comment found!