Tular Pesakit Covid-19 Larikan Diri Dari HQE Tidak Benar



KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melalui Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi

menafikan mesej tular yang mendakwa terdapat dua pesakit Covid-19 melarikan diri daripada Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan amaran Zon Merah melibatkan beberapa daerah dan pasar ikan adalah tidak benar.

Kedua pesakit tersebut adalah Person Under Investigation (PUI) kerana mempunyai sejarah terdedah kepada pesakit Covid-19 dan telah dibenarkan pulang pada 18 Mac lalu. Mereka di kuarantin di rumah atas pengawasan pejabat kesihatan.

Orang awam dinasihatkan agar tidak panik dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian Covid-19 termasuk tempat-tempat yang dikatakan dicemari oleh Covid-19.

Tambahnya, orang awam juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang sahih melalui laman sesawang KKM; moh.gov.my.

Bagi Negeri Sabah, maklumat berkenaan perkhidmatan kesihatan boleh diketahui melalui Bilik Gerakan Covid-19 dan fasiliti-fasiliti Kesihatan Negeri Sabah.

Sehubungan dengan itu JKNS menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan  dan kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun.





Iklankan karya seni, produk dan perkhidmatan anda di FH Media