COVID-19. 87 Jumlah Kumulatif Kes Pulih Sepenuhnya



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 12 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 87 kes.



Sehingga 20 Mac 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 130 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,030 kes. Berdasarkan siasatan awal, daripada 130 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 48 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.



Sehingga kini, seramai 26 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.





Iklankan karya seni, produk dan perkhidmatan anda dengan FH Media