COVID-19.Operasi Terminal Bas KK Senteral Dan Inanam Ditutup Sementara



Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dalam satu kenyataan media hari ini telah memaklumkan bahawa Operasi di Terminal Bas KK Senteral dan Terminal Bas Inanam akan ditutup sementara bermula esok 21 Mac 2020 sehingga tamat tempoh perintah kawalan pergerakan pada 31 Mac 2020 selaras dengan keputusan Kerajaan Negeri pada 20 Mac 2020 bagi mencegah penularan wabak Covid-19.