Stesen Minyak Kawasan DBKK Dihadkan Masa Operasi



Selepas Terminal KK Senteral dan Terminal Bas Inanam dihentikan operasi sementara waktu, kini operasi semua stesen minyak di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu telah dihadkan bermula daripada jam 6 pagi sehingga jam 2 petang. Menurut notis yang telah dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu hari ini, tindakan tersebut selaras dengan Akta 342, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan ) 2020 dan tertakluk kepada mana-mana perubahan arahan terkini dari masa ke semasa.



Sehubungan dengan itu, pihak Mayor Bandaraya Kota Kinabalu akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik perniagaan yang gagal mematuhi arahan tersebut.


Comment As:

Comment (0)

No comment found!