COVID-19. Kes Kematian Kesembilan Merupakan Seorang Doktor Perubatan KKM



Angka kematian yang semakin meningkat di negara ini membuat masyarakat umum semakin bimbang.

Terkini telah dilaporkan satu lagi kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kes kematian yang dilaporkan ke  Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan akibat Covid-19  setakat ini sebanyak sembilan.

Kes kematian kesembilan melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 48 tahun yang merupakan seorang Doktor perubatan KKM.

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection dan telah disahkan positif Covid-19 pada 18 Mac 2020.

Kerana keadaan kesihatan yang semakin menurun, beliau telah diberi bantuan alatan pernafasan pada 19 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 22 Mac jam 10.33 pagi.

Kes jangkitan ini disyaki berkait dengan sejarah perjalanan beliau ke Turki sebelum itu dan bukan dari kalangan rakan kerja yang berhadapan dengan pesakit Covid-19.