Teknologi AI dan BDA Bakal Digunakan Bantu Kawal Penularan COVID-19



PUTRAJAYA, 23 Mac 2020 - Mesyuarat Kerjasama Strategik KKM-MOSTI-KKMM Bagi Mengawal Penularan Wabak Covid-19 telah diadakan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia yang dipengerusikan secara bersama oleh YB Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba, Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Mutimedia, dan YB Tuan Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.



Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, YB Timbalan-Timbalan Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian dan Agensi, Ahli-ahli Akademik, serta pihak-pihak swasta.



Mesyuarat ini telah membincangkan perkara-perkara berkaitan penggunaan teknologi Artificial Intelligence (AI) dan Big Data Analytic (BDA) berkaitan smart tracking dan keperluan dan perkongsian data dan kerjasama antara MOSTI dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi centres for diagnostic screening, kajian epidemiologi dan kajian kesahihan drug malaria.



Mesyuarat bersetuju untuk menggunakan teknologi AI dan BDA dalam membantu mengawal penularan wabak Covid-19.

Kerjasama strategik antara ketiga-tiga kementerian ini diharap akan dapat membendung dan memutuskan rangkaian wabak Covid-19 yang sedang melanda negara pada masa kini.- KKM





PROMOSI SINGLE TERBAHARU RUTH GIDION