Warga Emas Mangsa ke-15 COVID-19



Seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka, menjadi mangsa ke-15 COVID-19.
Kes kematian ke-15 ini merupakan kes ke-1519. Menurut sumber yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, mangsa disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling). Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020.





PROMOSI SINGLE TERBAHARU RUTH GIDION