Madius komited bantu selesai masalah asrama SMK Tun Fuad Stephen



Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau melawat Asrama sekolah SMK Tun Fuad Stephen, Kiulu semalam. Menurut tulisannya dalam twitter, asrama tersebut di sahkan oleh Jabatan Kerja Raya sebagai tidak selamat diduduki pada March.

Turut bersama dalam lawatan tersebut, Pengetua Sekolah Puan Lakuin.

Katanya lagi, beliau komited membantu pihak Sekolah bagi memastikan masalah penempatan seramai 300 pelajar dapat di atasi.



"Bangunan asrama ini baharu 40 tahun tetapi sudah mula reput hanya kerana bangunan ini dibina dengan menggunakan pasir laut. Elok barangkali di siasat siapa Jurutera dan Juru Ukur bahan yang telah menandatangani bahan dan rekabentuk bangunan ini. @JKRMalaysia.



"Kita mesti ada standard untuk bahan-bahan binaan yang digunakan seperti pasir. Pastikan hanya pasir sungai yang digunakan," tulisnya

Turut mendapat perhatian semasa lawatan, Arama Donni yang dibina di pinggir kawasan sekolah terbabit, yang dihuni oleh pelajar perempuan.


Comment As:

Comment (0)

No comment found!