Rencana Khas Misi MH17 oleh The Dozen Person



Masihkah anda ingat tentang tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014? Walaupun sudah enam tahun berlalu, pastinya tragedi ini masih segar di ingatan seluruh rakyat Malaysia.


Pernahkan anda tahu tentang pengorbanan yang terpaksa ditempuhi oleh Kumpulan The Dozen Person bagi mendapatkan bahan bukti tragedi tersebut? Ikuti rencana khas ini.


IKLAN: Program pengajian separuh masa AETC kini di Kota Kinabalu dan Labuan

tajuk
width=100℅">



Bagi melaksanakan misi Negara ini iaitu penugasan MH17, satu pasukan telah ditubuhkan dinamakan The Dozen Person dan dianggotai oleh Ketua Perunding Kolonel Mohd Sakri Hussin (NADMA), Brigedier Jeneral Datuk Dr Mohd Ilham Haron (ATM - Perubatan), Dr Mohd Shah Mahmood (HKl - Patologi dan DVI), Mejar Nazri Musman (ATM), Mejar Dr Mohd Hafizi Abdullah (ATM - Perubatan), Mejar Muhammad Mustafa Omar (PASKAU - TUDM), Kapten Dr Mohd Zainizam Zainal (ATM-Jurubahasa), Inspektor Abd Rahim Abd Aziz (SMART), Sarjan Shahrizal Abu Bakar (PASKAU - TUDM), Koperal Rosli Mustafa (PASKAU - TUDM), Laskar Udara Kanan Mohd Afendy Ahmad Zaini (PASKAU - TUDM) dan Rosli Shaari (SAPURA Technologies - Pakar Komunikasi).


Kumpulan ini Memasuki zon perang dengan ‘tangan kosong’, tanpa sebarang senjata api sebagai pelindung keselamatan diri.


Operasi tersebut bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai dugaan yang getir harus ditempuhi antaranya berada di zon perang termasuklah banyak pihak yang berkepentingan menginginkan bahan bukti tersebut.


Selain pergerakan diekori, sepanjang perjalanan ke Donetsk (Timur Ukraine) kumpulan ini terpaksa melalui 10 ‘checkpoint’ yang mempunyai pelbagai karenah.


Lebih mencabar lagi, dalam perjalanan keluar dari ‘ground zero’, kumpulan ini turut berdepan dengan pelbagai insiden menggerunkan, termasuk cubaan melarikan bahan bukti tersebut dan memerlukan Pegawai Komando dalam kumpulan melindungi keselamatan bahan bukti itu walaupun terpaksa pertaruhkan nyawa mereka.


Waspada sepanjang masa sangat penting dalam operasi ini kerana sepanjang operasi, kumpulan ini sukar untuk memastikan siapa kawan dan siapa musuh.  


Di sepanjang perjalanan ke wilayah bergolak itu, yang dikuasai Kumpulan Pemisah Donetsk (DSG), Ketua Perunding misi ini sentiasa mengingatkan 11 anggotanya supaya terus berpuasa dan tidak berhenti berdoa supaya dilindungi Allah.


Misi ini berjaya di selesaikan dalam masa 24 jam, tiga hari selepas pesawat itu ditembak jatuh telah mengagumkan masyarakat antarabangsa.




IKLAN: Ada Diploma & Degree tapi susah dapat kerja? Bah, beralih la ke bidang Safety dengan ikut pengajian separuh masa. Safety sangat diperlukan dlm Industri kini. Program pengajian lain, klik gambar.

Misi ini disifatkan sebagai misi berani mati, kerana selain menyelesaikan misi dalam masa 24 jam, The Dozen Person turut berjaya menyelesaikan proses rundingan tanpa sebarang syarat ditetapkan oleh pemimpin pemisah, Alexander Borodai, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk (DPR).


Sumber: Majlis Keselamatan Negara




 


Antara Video menarik di FH Media TV. Subscribe channel FH Media TV sebagai tanda sokongan anda kepada Media Hiburan Nombor Satu Sabah ini.

Segmen Rancangan Butul-Butul Sadap Oh


Raha Ginawoku- Ruth Gidion


Freddy Harmthon - Pomioo Oku


Cerita panas FB Artis Amuk Kiding Digodam


Single terbaharu Mellz (Tiada Siapa Yang Tahu)


Single terbaharu Jasmine Kah Yee (Sokiro)


Single terbaharu Sheryna Lynn (Kada Kaus Ginawo)


Comment As:

Comment (0)

No comment found!