Usahawan Cendawan Juliana Gumpong berhasrat perluaskan pasaran ke luar negara



Jika ingin berjaya, kena bekerja keras agar apa yang diidamkan dapat diperolehi dengan jayanya, tidak boleh buat sekerat jalan kerana ia bakal merugikan masa dan tenaga.

Penanaman cendawan secara komersial memang sudah lama diperkenalkan di negara kita, cara mengusahakannya memang sedikit rumit tetapi jika dilakukan dengan betul ia mampu memberi pulangan yang agak lumayan.

Atas faktor tersebut, ramai usahawan kecil mula menceburi bidang penanaman cendawan ini termasuklah seorang wanita yang berasal dari Kampung Montenior Batu 60 Beaufort, Juliana Gumpong.



"Saya mula berminat tentang penanaman cendawan Tiram Kelabu ini pada tahun 2010 lebih- lebih lagi apabila mendapat dorongan dari kedua ibubapa dan pihak pertanian.

"Pada tahun itu juga saya mengikuti kursus asas penanaman dan penjagaan cendawan ini dengan betul.

"Bila sudah habis kursus, saya mengikuti pula Seminar Pertanian di Tawau selama empat hari, di sana saya telah di beri pengiktirafan sebagai Usahawan Tani Cemerlang dan di beri bantuan sebanyak RM10 ribu sebagai permulaan untuk saya meneruskan projek ini.

"Pada tahun yang sama (2010) saya memulakan penanaman Tiram Kelabu ini dan memang agak baik kerana mendapat sambutan dari pelanggan di Daerah Beaufort," kata wanita berusia 54 tahun ini kepada FH Media ketika dihubungi.



Juliana mendapatkan bekalan bongkah cendawan dari Kundasang dan setiap satu bongkah berharga RM1.50, di mana dia akan membeli dalam anggaran harga RM2 ribu hingga RM4 ribu.

Menurutnya, walau pun sepanjang mengusahakan penanaman cendawan itu dia melalui pelbagai cabaran namun dia tetap berusaha agar dapat terus memajukan diri.

"Memang banyak masalah dari segi penjagaan seperti jangkitan kulat hijau, serangan serangga kecil dan banyak lagi, kerana itu harus sabar dan paling penting kena jaga kebersihan dalam rumah tiram itu.



"Sepanjang 10 tahun terlibat dalam penanaman cendawan ini, kerugian yang saya alami ialah kerosakan teruk akibat serangan baktria kulat hijau.

"Selain itu, cabaran ialah untuk mendapatkan dana bagi memperluaskan projek cendawan saya ini kerana saya sangat berharap dapat memperluaskan tanaman cendawan ini dan mendapat bantuan atau dorongan dari pihak kerajaan dalam apa saja bentuk bantuan untuk tujuan perniagaan.

"Namun saya bersyukur kerana sambutan memang sangat mengalakkan, saya selalu menghantar cendawan- cendawan saya ini ke pasar sekitar Beaufort atau menjualnya di tamu.



"Perancangan saya pada masa akan datang ialah memperluaskan penanaman tiram dan menternak tiram pelbagai jenis agar dapat di jual hingga ke luar negara.

"Ingin saya berpesan kepada masyarakat atau belia- belia di luar sana, ceburilah bidang pertanian kerana pertanian adalah perniagaan yang baik dan banyak peluang perniagaan diberikan oleh kerajaan sekarang," akhirimya.



 


Ruangan Iklan murah harga promosi FH Media


Comment As:

Comment (0)

No comment found!