Terokai alam semulajadi Sungai Kinabatangan dan Lembah Danum bersama Travel Group-Journey With Dee Dee



Sungai Kinabatangan sememangnya sudah terkenal sejak sekian lama dan merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia iaitu sepanjang 560 km selepas Sungai Rajang.

Terletak berhampiran dengan daerah Sandakan Sabah, sungai ini mengalir dari kawasan pergunungan di Barat Daya Sabah ke laut Sulu di Timur.



Takungan air sungai Kinabatangan yang merupakan takungan air tunggal terbesar di Sabah ini membanjiri sehingga kawasan daerah Sandakan, terletak 20 kilometer dari Muara dan dapat mengelakkan kemasukan air masin ke sungai.

Keindahan sungai Kinabatangan tidak lagi menjadi rahsia kerana Sanktuari Hidupan Liar di Hilir Kinabatangan yang dibuka sejak 1984 menjadi tarikan pelancong asing untuk menyaksikan sendiri kehidupan Orang Utan di habitatnya yang mana hanya terdapat di Borneo dan Sumatera.



Di sepanjang sungai ini pengunjung boleh melihat beberapa buah chalet yang dikendalikan oleh Sukau Rainforest Lodge dan Kinabatangan Riverside Lodge. Selain itu pengunjung turut berpeluang melihat Kera Hantu, Kongkang, Ungka, Beruk dan lain-lain hidupan.

Pelancong juga boleh melihat rumah dan cara kehidupan penduduk di Kampung Sukau. Bot untuk merentasi Sungai Kinabatangan turut disediakan kepada mereka yang berani menempuh cabaran.



Untuk sampai ke destinasi ini sememangnya agak sukar bagi mereka yang belum pernah datang ke Kinabatangan namun kini ianya tidak lagi mustahil kerana Travel Group-Journey With Dee Dee sudah bersiap siaga untuk membantu anda menerokai alam semulajadi di Kinabatangan dan Lembah Danum.

Travel Group-Journey With Dee Dee adalah pemandu pelancong berlesen dan berpengalaman luas dalam bidang pelancongan serta selok-belok di flora dan fauna di Kinabatangan dan Lembah Danum.



Selain mempromosikan pelancongan domestik Dee Dee turut membantu perniagaan tempatan, menyokong produk masyarakat tempatan, serta memberi kesedaran terhadap alam sekitar tempatan dan alam semula jadi.

Menurut Dee Dee Selain jenamanya ini didaftarkan di bawah MYIpo, dia turut mempunyai hubungan rapat dengan agensi pelancongan berlesen dan membuatkan perkhidmatannya ini adalah sah.



Kaedah perlaksanaan program yang di jalankan adalah dengan membuka slot kepada pengguna untuk mengikut jadual yang akan ditetapkan iaitu boleh di lihat di dalam facebook page nya. https://www.facebook.com/JourneyWithDeeDee/ 

Pelbagai pakej telah disediakan di mana ianya sudah pasti akan memberikan pengalaman yang cukup menarik dan bermakna kepada pelancong di bawah jagaannya.

“Bagi mereka yang berminat dengan pakej yang saya sediakan, saya sarankan untuk terus ke Sandakan dan kita akan berjumpa di sana. Tapi jika kebetulan saya di Kota Kinabalu, saya juga boleh ambil mereka di sana



“Slot yang akan tiba sudah pun dibuka dan ditutup pada 1 Ogos. Program yang akan diadakan pada 28 Ogos 2020 ini adalah bersama seseorang selebriti yang turut bersama dalam expedisi ini. Jadi sesiapa yang berminat, boleh berhubung dengan saya untuk tempahan kerana slot ini terhad.

”Untuk pekej bersama selebriti ini akan dibuka setiap bulan dan inilah peluang yang menarik buat peminat untuk turut sama dengan selebriti kesayangan mereka bersiar-siar dan menerokai alam semulajadi,”katanya.



Selain menikmati keindahan flora dan fauna, pelancong di bawah jagaan Dee Dee turut berpeluang untuk memiliki stokin pacat hasil tangan buatan tempatan dan membuat aktiviti menanam pokok.


Pelancong juga turut diberi penghargaan dengan merakam kenangan ketika sesi expedisi dengan gambar-gambar dan video yang akan diambil sendiri oleh Dee Dee ketika program sedang berjalan dan memberi salinan gambar dan video kepada mereka.


“Perancangan di masa akan datang adalah untuk mengendalikan syarikat sendiri dan terus menggunakan jenama ‘Journey With Dee Dee’ disamping memberi peluang pekerjaan kepada komuniti, menggunakan khidmat orang tempatan, menyokong produk tempatan dengan memperkenalkan kraftangan mereka kepada pelancong serta memulihari keadaan hutan di Sabah Borneo


“Saya juga merancang untuk membuat satu ‘rescue centre’ untuk hidupan liar di masa akan datang.



”Saya berharap akan jadi kenyataan, memandangkan flora dan fauna semulajadi ini aset utama pelancongan di Negeri Sabah,”akhirinya.


Sedikit sebanyak tentang Dee Dee. Sebelum masuk dalam dunia pelancongan, dia aktif dalam bidang nyanyian di mana pernah menyanyi di Cafe Station One, Kuching dan pernah menjadi Busker di Waterfront Kuching dan di Shopping Mall. Selain itu, dia pernah mendapat tawaran sebagai penyanyi sambilan dan pernah menyertai pertandingan Sugandoi Kaamatan pada 2012 dan berjaya menjejakkan kaki ke pentas KDCA.


Bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat Travel Group-Journey With Dee Dee boleh berhubung dengan Dee Dee di 014-351 3401


Travel Group- Journey With Dee Dee


Comment As:

Comment (0)

No comment found!