Hidupkan kembali Liga bola sepak Borneo - Netizen



Selepas perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia Sabah FC menentang Kedah FC pada Sabtu, kini tidak ada lagi perlawanan bola sepak dalam masa dua bulan. Perkara ini sudah pastinya akan membuatkan peminat-peminat bola sepak tempatan ternanti-nanti kelibat pemain -pemain kegemaran mereka beraksi di atas padang.

Dengan adanya siaran langsung setiap kali pertandingan bola sepak yang di siarkan di saluran YouTube UNIFI TV, ia sekali gus melonjakkan jumlah penonton dan peminat yang selama ini sudah tidak mengetahui perkembangan terkini pasukan bola sepak Sabah.





Pelbagai reaksi netizen mengenai senario bola sepak Sabah dapat di lihat di media sosial. Ada antara mereka mencadangankan untuk dianjurkan Liga bola sepak Borneo.



Menurut perkongsian salah seorang peminat bola sepak Sabah bernama Fiqri Fahmi di kumpulan Facebook Sabah Supporter Club, dia mencadangkan Liga Borneo diadakan sempena Liga Super Malaysia bercuti selama dua bulan, bagi tujuan mencari “King of Borneo."

Tambahnya lagi, kebanyakan pemain dari Borneo tidak beraksi dalam skuad Kebangsaan Malaysia. Dengan adanya liga ini, ia sekali gus mengekalkan stamina pemain-pemain Sabah FC sebelum Liga Super Malaysia bersambung.

“Semoga ada pihak yang berminat untuk menganjurkan liga ini demi kemeriahan bola sekap Borneo,” ciapnya.





Cadangannya ini, telah mendapat maklumbalas positif oleh peminat-peminat bola sepak Sabah dan mendapat perkongsian sebanyak 132, ketika artikel ini ditulis.



Ada antara netizen yang memenuhi ruangan komen turut mencadangkan agar setiap daerah di Sabah mempunyai pasukan dan ada stadium sendiri bagi merealisasikan cadangan tersebut.



“Pada saya ada baik kalau diadakan kejohanan Piala Borneo seperti dahulu. Dengan adanya pasukan-pasukan seperti Sabah, Sarawak, Brunei, Kalimantan Utara dan Kalimantan Selatan, serta Davao Filipina, sudah pastinya menjadikan Liga Borneo ini rancak serta sehebat Liga M,” ciap netizen.



Selain itu juga, Liga ini dikatakan turut memberikan peluang kepada anak muda untuk menonjolkan bakat mereka di dalam kanca bola sepak negeri Sabah.





Menurut sumber yang boleh dipercayai,  Piala Borneo pernah dianjurkan pada 1950an ataupun mungkin lebih awal daripada itu, yang telah di sertai oleh Borneo Utara, Sarawak dan Brunei.



Kejuaraan Bola Sepak Borneo pertama kali dimainkan oleh pegawai koloni Mahkota Britain yang mengambil alih pengurusan Borneo Utara Britain dari Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada 1946 selepas Perang Dunia Kedua. Ia kemudian secara rasmi dipanggil Piala Borneo pada 1962.

Sabah, yang dikenali sebagai Borneo Utara pada masa itu menjadi juara sulung pada 1962, dan memenangi 12 gelaran lagi daripada 23 edisi Piala Borneo sehingga 1988.

Sarawak menang enam kali sementara Brunei hanya menang empat kali. Sabah yang menjadi juara Piala Borneo pada 1977 adalah pasukan pertama dari Pulau Borneo yang bertanding dalam Piala Malaysia.  Pada 1989, Piala Borneo dihapuskan setelah kegagalan pasukan untuk membuat perjanjian dengan FAM untuk menyertai Liga Separuh Pro. Brunei menjadi juara edisi terakhir pada 1988.







Pemenang musim pertama Piala Borneo pada 1962, pasukan bola sepak Borneo Utara - Gambar ehsan wikipedia