Malam ini Ramli Carlo berlakon di TV 3?



Pasti ramai yang mengenali Penyanyi dan Juruhebah Radio Ramli Carlo. Sejak kebelakangan ini, suaranya tidak lagi kedengaran menghiasi corong radio dan menghiburkan pendengar melalui lawak jenakanya ketika bersiaran sebagai juruhebah radio. Namun status Faceboonya sebentar tadi pasti membuatkan kerinduan para peminatnya terubat.



Sebentar tadi, dia ada memuat naik status di Facebooknya yang mengatakan bahawa dia akan terlibat dalam satu rancangan TV 3 pada jam 10 malam ini, tidak dinyatakan apakah tajuk drama tersebut tetapi apa yang pasti dia ada menyebut tentang Mira Salie.



“Malam ini di TV 3 jam 10 malam. Tidak dapat menyembunyikan keterujaan. Senang cakap kebaru-baruan la bah ini, TV3 kan.

”Walaupun bukan pelakon utama, dan hanya berlakon dalam empat babak sahaja, saya ingin mengucapkan terim kasih kepada Pengarah Khalil Hj Saleh dan Azhar Yunus, yang berikan peluang melalui Mira Salie,” ciapnya.





Ciapnya lagi, dia mula terlibat dalam bidang lakonan pada 2001 iaitu tayangan yang di muatkan dalam VCD, dan memegang watak sebagai bapa kepada heroin cerita tersebut, iaitu mentua kepada Ampal. Dalam drama yang ditayangkan pada malam ini, Ramli bakal memegang watak seorang bapa mertua.



“Pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama ini adalah anak-anak muda yang hebat-hebat, dan juga rakan seangkatan, yang boleh buat hantaran untuk pelakon muda untuk membuat aksi jaringan tepat ke pintu gol emosi penonton.



“Aii macam ulasan bola pula, gara-gara Euro dan Copa la ni,” ciapnya lagi sambil bergurau.



Nak tahu bagaimana dan apakah sebenarnya peranan Ramli berlakon dalam drama ini, saksikan Drama tersebut pada malam ini di TV 3 jam 10 malam.




Comment As:

Comment (0)

No comment found!