Adam Shamil dikritik kerana menjerit dan silap jam? ini jawapan padunya



Benar kata orang, sebanyak mana kebaikan, walau kita rasa perkara yang dilakukan itu sudah terbaik, namun pastinya ada sahaja individu yang kurang senang dengan apa yang kita buat. Sama seperti Perpengaruh dan Penyanyi Adam Shamil baru-baru ini dikritik seorang individu gara-gara ucapan selamat tengah hari yang sepatutnya perlu diucapkan selamat pagi.



Menurut ciapan Adam dalam Facebooknya, kritikan tersebut berlaku apabila Adam pada ketika itu mengacara satu program dengan mengucapkan selamat tengah hari kepada semua yang hadir dalam majlis berkenaan, sedangkan masih ada sepuluh minit untuk jam 12 tengah hari.



“Sebenarnya perkara ini bukanlah masalah besar. Sebagai seorang figura kecil di masyarakat tempatan, saya perlu ambil setiap kritikan dan kecaman dengan hati yang terbuka.



“Tapi individu ini memang sudah lama saya perhatikan sejak saya mula mengacara MRK 2017 lagi. Kalau ada 1000 benda yang boleh dipuji, manusia ini akan cuba mencari silap saya yang paling kecil dan jadikannya sebagai satu bahan kritikan.



“Saya tidak faham apa yang buat orang ini betul-betul tidak menyukai saya sampai sanggup meneliti kesalahan saya yang paling terkecil.



“Kalau dia ikhlas mau memperbetulkan saya atau ada nasihat dan tips dia ingin kongsi, boleh bagitau saya secara peribadi bah kan? Kalau dia genuinely mahu bantu lah, sebab jujurnya masih banyak kelemahan yang boleh saya perbaiki.



“Tapi apa- apa pun, kepada si dia ni, terima kasihlah kerana selalu mencari kesalahan saya. Kalau diberikan peluang untuk mengacarakan sesebuah acara satu hari nanti, walaupun masa sudah menunjukkan 11:50 pagi, saya akan ingat untuk sebut morning dan bukan afternoon ok,” katanya.



Sungguhpun Adam menerima kritikan itu, beliau tidak bersetuju apabila individu tersebut mengkritik cara penyampaiannya yang dikatakan suka sangat menjerit.



Menurutnya, Adam bukan menjerit tanpa sebab tetapi cuma ingin menghidupkan suasana terutama saat menampilkan TOP 15 dan 7 pada ketika itu.



“Saya tidak perlu mengulas lanjut mengenai perkara ini sebab kalau individu tersebut tidak suka dengan kita, biarpun kita sangat sempurna di atas pentas tetapi pastinya dia akan mencari kesalahan kita sungguhpun sekecil kuman,” tegasnya.



Dalam pada itu, di dalam ruangan statusnya itu dibanjiri dengan kata-kata semangat dan menyokong Adam dan mengkritik semula individu terbabit.