Tuduhan itu sangat biadab – Freddy Harmthon



Pengarah Urusan F Harmthon Production Sdn Bhd (FHPSB) Freddy Harmthon atau FH melahirkan rasa kesal di status Facebooknya pada Ahad apabila seorang pengguna Facebook yang menyamar menggunakan akaun Marius Mar membuat tuduhan yang tidak berasas kepada program pencarian bakat baharu FH Idol Musim Kedua, anjuran syarikatnya.



Dalam kenyataan individu terbabit, dia mempersoalkan apa motif syarat penyertaan program terbabit yang membolehkan mana-mana peserta melihat lirik lagu ketika masa pertandingan.



“Basic things pun tak lepas, so what khind of word untuk pergi jauh. Macam mana mahu jadi Production yang berjaya? Atau syarat di longgarkan seluas-luasnya supaya nampak sangat mudah kutip yuran semata-mata untuk buat duit,” ciap individu tersebut.





Selain memberikan komen yang berbaur dengki dan merendahkan usaha pihak lain dalam menganjurkan program, individu tersebut turut memberikan ikon ketawa dibebarapa iklan poster program FH Idol Musim Kedua.





Dalam pada itu, FH dalam ciapannya memberikan amaran kepada individu yang berselindung atas nama Marius Mar itu untuk berhenti mempertikaikan dan membuat tuduhan liar terhadap program tersebut.



“Kau cuba rosakkan program ini dengan melemparkan tuduhan yang tidak berasas, maksudnya kau juga rosakkan Industri Seni Hiburan Tempatan di Sabah. Program ini mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan berlesen, Jadi sila hentikan. Kalau kau tidak mampu buat, jangan main kotor,”tegasnya.



Ketika dihubungi, FH akui cukup terkilan dengan sikap individu terbabit yang sengaja berikan pandangan negatif terhadap program tersebut.



“Kenyataan individu ini sangat biadab dan kurang ajar. Jika tidak tahu apa objektif program, cuba bertanya dengan saya. Nombor telefon telahpun terpapar di sana dan tidak ada masalah bagi saya untuk menerangkan apa yang mereka inginkan.



“Kami buat anjuran ini bukan suka-suka, pelbagai persiapan telah dibuat dan kertas kerja telahpun di hantar kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Kementerian ini juga telahpun memperakui dan menyokong usaha ini dalam membantu meningkatkan keberhasilan Negara melalui bidang seni.



“Saya sangat hairan, kenapa orang kita tidak pernah berubah dan tidak mahu menyokong usaha orang lain dalam memartabatkan bidang seni. Asal ada yang mahu maju, mesti ada orang yang dengki dan mahu merosakkan pelan yang telah dirancang.



“Saya ingin tegaskan bahawa, jika program ini gagal, saya akan ambil tindakan tegas terhadap individu itu. Kami sudah tahu siapa pemilik akaun palsu terbabit dan hanya menunggu untuk bertindak. Saya yakin, sudah pasti orang itu akan menyebarkan perkara yang buruk terhadap program ini di luar sana, jadi saya mohon hentikan sebelum kami buat tindakan,”katanya lagi.



Ketika ditanya mengenai dengan objektif sebenar program FH Idol Musim Kedua, FH memberitahu bahawa selain daripada mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang seni suara pelbagai peringkat umur, program ini juga adalah salah satu elimen dalam tujuh teras pembangunan Industri Seni Kreatif Negara oleh syarikat FHPSB.



“Program ini mampu memperkenalkan sebuah Panggung Online Malaysia ‘FH Cinema’ yang mana ianya adalah sebuah platform pemasaran digital filem dan muzik Malaysia.



“Kita semua sedar, kini Industri Seni Kreatif semakin mundur terutama sekali di negeri Sabah kerana sukar untuk memasarkan karya. Kita terpaksa bergantung kepada YouTube dan platrofrm-platform lain yang dimiliki oleh syarikat luar daripada Malaysia. Oleh itu, semua pendapatan melalui karya tidak diperolehi oleh pihak Kerajaan. Dan ini sedikit sebanyak mengurangkan pendapatan Negara melalui tax jualan.



“Dari segi pendapatan rakyat terutama penggiat seni, mereka tidak mendapat pulangan yang setimpal dengan perbelanjaan yang telah dikeluarkan.



“Maka dengan adanya pemasaran secara digital di FH Cinema, ia sedikit sebanyak mampu menjana pendapatan pengkarya, lantas mewujudkan banyak peluang pekerjaan dalam bidang ini.



“Ruang pemsaran ini masih baharu, jadi kami perlu perkenalkan kepada umum seluas-luasnya agar platform ini dikenali bukan saja di Sabah tapi seluruh Malaysia, melalui pelbagai program dan antaranya adalah FH Idol Musim Kedua.



“Program ini perlu disokong oleh semua, terutama penggiat seni kerana platform digital ini untuk semua dan bukan hanya untuk kepentingan syarikat kami sahaja,” ujarnya.



Beritahunya, untuk memajukan industri yang sangat ketinggalan daripada semenanjung, FH sangat berharap agar sikap pentingkan diri dan hasad dengki, di buang dan cuba untuk menerima idea orang lain serta menyokong usaha terbabit.



“Saya tahu, ramai yang tidak suka dengan perlaksanaan program yang kami anjurkan termasuk laman web yang telah kami sediakan untuk membantu mempromosi kegiatan seni dan hiburan tempatan di FH Media dan FH Cinema, jadi hentikan. Tidak ada faedahnya kamu dapat. Kamu ketawa apabila program kami gagal tapi kamu tidak sedar, dalam masa yang sama kamu sedang ketawa dengan kegagalan industri seni kretif di Sabah yang tidak mampu berkembang maju. Tidak ada orang yang akan bantu kita,selain kita sendiri saling bantu-membantu,” akhirinya.



FH turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan moral di dalam statusnya itu termasuk rakan-rakan dan pengguna Facebook yang telah berkongsi iklan program FH Idol Musim Kedua.


Comment As:

Comment (0)

No comment found!