Piala FA: Sang Badak bertemu Gergasi Merah Kuning di peringkat kalah Mati sabtu ini



Empat perlawanan bola sepak di peringkat kalah mati bagi merebut gelaran juara Piala FA 2022 bakal berlangsung Sabtu ini, melibatkan perlawanan antara Sabah FC menentang Selangor FC di Stadium Likas Sabah, Sri Pahang FC Menentang Penang FC di Stadium Darul Makmur Kuantan Pahang, Melaka United Menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT) di Stadium Hang Jebat Melaka dan Terengganu FC menentang Kuching City di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu.



Jika dilihat dalam perlawanan Liga Super, Sabah FC dan JDT adalah dua pasukan yang berada di kedudukan selesa takhta liga di mana JDT berada di tangga teratas dan Sabah FC berada di kedudukan kedua liga.



Ramai meramalkan dua pasukan ini bakal berentap di gelanggang akhir kerana kedua-dua pasukan ini diundi dalam kumpulan yang berbeza, dan hanya akan bertemu di gelanggang akhir jika masing-masing mengekalkan momentum seperti mana dalam perlawanan Liga Super.



Sungguhpun Sang Badak diramalkan bakal bertemu Harimau Selatan di peringkat akhir, ianya bukanlah satu perkara yang mudah kerana prestasi semua pasukan masing-masing kini semakin baik selepas menerima pemain import baharu ketika pintu perpindahan dibuka baru-baru ini.



Setiap perlawanan adalah sangat penting kerana tidak ada perlawanan timbal balik dan sedikit kelalaian bakal menghukum pasukan masing-masing. Apa yang pasti, kesemua peminat lapan pasukan ini sudah pastinya mengharapkan pasukan mereka menjadi juara, begitu juga peminat Sabah FC. Kini separuh daripada tiket perlawanan pada Sabtu ini telah dijual dan peminat Sang Badak ditagih untuk datang beramai-ramai di Likas bagi menyokong pasukan mereka.



Rekod perlawanan bagi Sabah FC dan Selangor FC pada perlawanan Liga Super baru-baru ini menyaksikan kedua-dua pasukan dilihat mempunyai kelebihan masing-masing dan mencatatkan keputusan seri pada perlawanan tersebut. Mampukah Sang Badak menundukkan Gergasi Merah Kuning di Likas Sabtu ini? Sama-sama kita saksikan.



Tiket perlawanan Sabah FC menentang Selangor FC di sini:



https://ticket.tickethotline.com.my/events/tickets/1573/login



 



 


Comment As:

Comment (0)

No comment found!