Piala FA: Tiket Sabah FC menentang Selangor FC habis dijual



Tiket perlawanan suku akhir Piala FA antara Sabah FC dan Selangor FC di Stadium Likas malam ini habis dijual. Demikian menurut sumber daripada kelab penyokong Sang Badak di Facebook kelmarin.



Perkara ini menyangkal tuduhan bahawa kehadiran penyokong yang membanjiri Stadium Likas ketika Sabah FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super baru-baru ini yang kononnya, semua yang hadir adalah kerana ingin menyaksikan pasukan JDT sahaja jauh sama sekali tidak benar.



Dengan kehadiran ribuan penyokong yang kemungkinan melebihi 30 ribu penonton menurut kapasiti maksimum penonton di Stadium Likas, jelas memperlihatkan gelombang kebangkitan bola sepak Sabah kian terasa.



Apa yang diharapkan oleh penyokong Sang Badak dalam kumpulan peminat pasukan tersebut dalam Facebook, rata-rata mahu semua penyokong yang hadir untuk menjaga tingkah laku dan tidak mengulangi perkara yang cukup memalukan, seperti yang berlaku ketika Sabah FC menentang JDT di Likas.



Selain daripada itu, ramai yang berharap agar tiket dijual di kaunter ketika hari perlawanan kerana tidak ada akaun untuk membayar tiket secara atas talian.



Terdahulu, Sabah FC dan Selangor FC bakal bertembung di peringkat kalah mati Piala FA hari ini pada 7.30 malam di Stadium Likas. Siaran secara langsung perlawanan tersebut boleh di ikuti melalui saluran YouTube Unifi dan juga siaran Unifi TV.


Comment As:

Comment (0)

No comment found!