Mora tamat kontrak dengan JDT



Isu Ketua Jurulatih bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Benjamin Mora kini hangat diperkatakan apabila kelibatnya tidak kelihatan ketika JDT menentang Penang FC dan Melaka United baru-baru ini dengan JDT melakar kemenangan keatas dua pasukan tersebut. Ada yang mengatakan kontrak beliau dikatakan bakal ditamatkan berikutan masalah peribadi, di mana tercetus selepas perlawanan JDT dan Sabah FC di Likas baru-baru ini.



Pengganti Mora yang turut dikatakan berasal dari Argentina itu, telahpun mendarat di Johor dan pada bila-bila masa untuk diumumkan perlantikannya sebagai pengendali mendominasi Liga Super pada ketika ini.



Namun teka – teki yang sedang berlegar-legar di kalangan peminat bola sepak tempatan kini terjawab apabila beliau telahpun disahkan menamatkan kontrak atas permintaannya.



Menurut Page Johor Shouthern Tigers, penamatan kontraknya bersama JDT atas sebab masalah peribadi yang di hadapi Mora dan JDT turut menghormati permintaan Mora dan sentiasa membuka pintu untuknya kembali mengemudi pasukan Harimau Selatan ini.



Terdahulu Mora membantu JDT menduduki takhta Liga Super sejak kali pertama memenanginya pada musim 2014 hingga tahun lalu serta Piala Sumbangsih sebanyak dua kali pada 2021 dan 2022.



Selain itu Mora turut membantu JDT layak ke pusingan 16 terakhir ACL selepas menewaskan kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai.


Comment As:

Comment (0)

No comment found!