Liga Super: Penonton berang terima saman parking



Kekalahan Pasukan bola sepak Sabah FC dalam saingan Piala FA baru-baru ini bagi merebut tempat ke separuh akhir, sememangnya menghampakan seluruh peminat pasukan tersebut apatah lagi perlawanan berlangsung di tempat sendiri.



Warga net yang membanjiri rungan komen di kumpulan peminat bola sepak Sang Badak di Facebook kebanyakannya melahirkan rasa kecewa kerana pasukan mereka kalah 2-0 dengan Selangor FC.



Dalam perlawanan tersebut, sungguhpun hujan turun dengann lebat penonton tidak berganjak kerana perlawanan tesebut sangat sengit dan mahu memberikan sokongan moral kepada pasukan meraka.



Dalam perkongsian Facbook di kumpulan tersebut, ada antara mereka sanggup datang dari Pitas, Keningau, Tawau dan tidak ketinggalan juga mereka yang bekerja di sekitar Kota Kinabalu, terus ke Likas selepas habis bekerja dan sanggup tidak makan kerana mengelakkan kesesakan lalu lintas di perkarangan Stadium.



Tidak seperti perlawanan Sabah FC menentang Johor Darul Ta’zim dalam saingan Liga Super sebelum ini, keadaan di Stadium pada perlawanan tersebut sangat terkawal dan tidak ada insiden yang memalukan berlaku, sungguhpun Sabah FC kalah.



Namun demikian, disebalik pengorbanan penonton yang dirayu untuk hadir memberikan sokongan, timbul insiden yang membuatkan penonton mungkin akan berfikir sepuluh kali untuk ke Stadium di masa akan datang kerana, selain terpaksa menempuhi kesesakan lalu lintas, jumlah tempat letak kenderaan di Stadium tidak mampu menampung jumlah kenderaan penonton dan menyebabkan kenderaan terbabit terpaksa di letakkan di bahu jalan, sehinggakan mereka terpaksa membayar sejumlah wang saman kerana telah disaman oleh pihak berkuasa.



Kemarahan penonton jelas dilihat dalam kumpulan terbabit di mana, mereka merasakan ianya satu penindasan dan seharusnya pihak berkuasa terbabit memberikan kelonggaran kerana kenderaan yang diletakkan di bahu jalan adalah kenderaan penyokong bola sepak yang hadir ke Stadium.



Selain itu, ada antara warga net mahu pihak pengurusan bola sepak Sabah FC mengambil perhatian serius perkara ini kerana ianya bakal memberikan impak besar kepada jumlah kehadiran penoton di masa akan datang.



Esok adalah jadual perlawanan antara Sabah FC dengan Melaka United dalam saingan Liga Super di Stadium Likas yang akan bermula pada 7.30 malam. Kehadiran ribuan penonton sudah pastinya menyebabkan kesesakan serta masalah tempat letak kenderaan berulang kembali. Jika sekiranya tidak ada tindakan daripada pihak pengurusan Stadium mengenai masalah ini, ia sudah pastinya akan memberikan impak kurang baik terhadap jumlah penonton yang hadir menonton perlawanan terbabit.



Pasukan Sabah kini berada di tangga kedua Liga dengan 13 Perlawanan, dan memungut 28 mata, manakala Melaka United kini berada di tangga ketujuh dengan 12 perlawanan, dan memungut 16 mata.


Comment As:

Comment (0)

No comment found!