Drama 'Nur 3 Pagi' dikritik netizen gara-gara jam



Isu mengenai prosedur penggambaran drama atau filem di dalam Hospital bukan baharu. Perkara ini sudah kerap kali mendapat kritikan peminat drama tempatan, namun perkara ini masih berulang dan pihak produksi tidak mengambil kisah mengenai perkara ini.



Terbaharu drama “Nur 3 Pagi” yang disiarian di TV3 turut mendapat kritikan netizen di mana Fariz yang kononnya koma dan berada di atas katil Hospital masih menggunakan jam tangan di pergelangan tangannya.



Menurut seorang pengguna Facebook Muzlina Abu Bakar yang berkongsi pandangan ini sejurus selepas menonton darama terbabit, beliau menghubungi abang iparnya yang juga seorang pesara kakitangan Hospital Kuantan bagi mengetahui tentang prosedur pesakit ketika koma.



Tambahnya, daripada meklumat yang diperolehi semua barang yang dipakai di badan pesakit seperti gelang, cincin, jam dan rantai akan ditanggalkan. Selain itu jeans atau baju, akan digunting bagi memudahkan kerja-kerja menyelamatkan pesakit serta memudahkan pemasangan wayar-wayar untuk bacaan mesin ECG dan pernafasan. Baju Hospital juga tidak disarungkan ke badan pesakit yang koma, tetapi sekadar diletak menutup dada pesakit bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat.



Beliau turut menyarankan semua produksi yang membuat penggambaran babak di dalam hospital untuk mendapatkan pandangan atau nasihat daripada petugas Hospital bagi mengelakkan kejadian seumpamanya berlaku.



Dalam pada itu, ramai pengguna Facebook bersetuju dengan teguran beliau antaranya Jamaliah Yaacob yang turut menegur mengenai alat pernafasan yang digunakan untuk pesakit yang koma dan ditempatkan di ICU sepatutnya menggunakan alat pernafasan berwarna hitam dan bukan wayar oksigen untuk pesakit lelah.






Comment As:

Comment (0)

No comment found!