Boss James buat laporan polis pengguna Facebook guna namanya untuk menipu


Satu laporan polis telah dibuat oleh Perpengaruh Boss James bagi menyangkal tindakan individu yang tidak dikenali, menggunakan namanya sebagai akaun Facebook untuk menipu warga net, di Balai Polis Setia Alam, Selangor hari ini.


Dalam akaun berkenaan, satu iklan yang mengatakan James yang terkenal dengan parody kedai motosikalnya akan memberikan hadiah berupa motosikal, wang ringgit, dan laptop kepada mana-mana pengguna Facebook yang berkongsi iklan tersebut secara rawak.


Ramai warga net yang terpedaya berkongsi iklan tersebut kerana umum tahu James adalah seorang dermawan dan terkenal. Namun demikian, ternyata semua iklan itu adalah palsu dan dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab bagi tujuan merosakkan nama beliau.



James dalam satu kenyataan video secara langsung berdurasi 15 minit 4 saat di Facebook pada Sabtu mengakui iklan tersebut bukan daripadanya.


Beliau turut terkejut selepas dimaklumkan oleh rakannya bahawa akaun yang menggunakan namanya tular di Facebook secara tiba-tiba.


“Tiga tahun siang dan malam kami buat content, sakit kepala, buang tenaga dan menghadapi pelbagai kesukaran sehinggakan kini mendapat perhatian warga net, tapi akhirnya ada individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama saya dan menyebarkan iklan yang tidak pernah saya buat.

“Saya tidak tahu individu ini dari mana. Namun di mana pun anda, cara anda tidak baik. Jangan ambil kesempatan ke atas rezeki orang. Jangan ambil kesempatan atas usaha orang. Jangan ambil barang orang yang bukan milik kita,” tegasnya.


 



Borang Pendaftaran FH Idol 2 width=100℅">

James yang mempunyai pengikut di Tiktok seramai 3.2 bilion, Facebook 1.2 bilion dan di Instagram 200 Ribu menjelaskan, jika beliau ingin menghulurkan sumbangan, beliau lebih suka melakukannya secara bersemuka.


Tambahnya lagi, beliau tidak pernah memberikan sumbangan berupa wang melainkan barangan keperluan yang diperlukan oleh penerima.


“Saya tidak pernah meminta sumbangan daripada mana-mana pihak. Itu sebab saya tidak rajin membuat sumbangan dengan cara seperti individu tersebut lakukan,” ujarnya lagi.


Beliau turut menunjukkan akaun Facebook, Instagram, dan akaun Tiktok sebenarnya dengan penonton yang mencecah lebih daripada 1700 orang, serta berharap video kenyataannya itu dikongsi kepada semua warga net agar tidak ada yang menjadi mangsa kes penipuan individu tersebut.


Comment As:

Comment (0)

No comment found!