Baddrol Bakhtiar bantu Sabah kutip tiga mata penuh



Sabah FC melakar kemenangan di laman sendiri dengan memungut tiga mata penuh ke atas Sarawak United di Likas semalam dalam pusingan kedua saingan Liga Super 2022.

Kedua-dua pasukan berbalas serangan di separuh masa pertama namun tidak berjaya membolosi gawang lawan masing-masing.

Kemasukan Amri Yahya pada masa kedua selepas waktu rehat yang menggantikan penyerang import kontroversi Sabah Jose Embalo, memberikan satu momentum baharu kepada pasukan Sabah, dan berjaya melakukan beberapa kali percubaan berbahaya namun berjaya ditepis oleh penjaga gol Sarawak Tauffiq Ar Rasyid Johar.

Taiki Kagayama dan Saddil Ramdani turut mendapat peluang cantik namun semua percubaan berjaya di tepis oleh Tauffiq.

Gol tunggal Sabah hadir pada minit ke-63 menerusi tandukan cantik kapten pasukan Sabah Baddrol Bakhtiar hasil umpanan cantik Saddil di sebelah kiri pintu gol pelawat.



Borang Pendaftaran FH Idol 2 width=100℅">

Sarawak yang ketinggalan satu gol tidak berdiam diri dan melakukan serangan balas yang hampir menembusi kubu pasukan Sabah, namum berjaya disekat oleh pemain pertahanan Sabah serta ketangkasan penjaga gol Sabah Khairul Fahmi Che Mat.

Dengan kemenangan itu, Sabah mengekalkan kedudukan ditempat kedua di belakang pendahulu liga Johor Darul Ta’zim dengan memungut 34 mata dan Sarawak di tangga ke sepuluh dengan memungut 13 mata.

Bagi perlawanan yang akan datang, Sabah akan bertemu dengan Kedah Darul Aman FC di Staduim Darul Aman, Alor Setar Kedah pada 17 Ogos 2022.