Trailer Silent Of The 177 dihujani kritikan pedas warga net


Belum pun penayangan secara menyeluruh filem terbaharu Marc Abas bertajuk “Silent Of The 177” di Pawagam, Filem tersebut telah diserang oleh pengkritik bebas di Saluran YouTube nya dengan kritikan pedas.


Trailer filem tersebut yang berdurasi 2 minit 34 saat telah dimuat naik oleh Pengarah terkenal itu pada 16 Februari 2022, dan sehingga kini mendapat sejumlah 7864 tontonan.


Sungguhpun ramai yang memuji dan bangga dengan filem yang bakal ditayangkan itu, namun kebanyakan komen lebih kepada mengkritik kualiti dan jalan cerita filem tersebut.



Borang Pendaftaran FH Idol 2 width=100℅">

Menurut pengguna Youtube M Studio, beliau berpendapat dengan situasi bajet yang kurang dan tidak ada aksi atau shot yang menarik, trailer perlu lebih ringkas, dan pendek berbanding kini, serta hanya mengambil bahagian yang penting sahaja untuk ditayangkan.


“Adakah Pengarah adalah watak utama video ini? jika ya okay, jika tidak mungkin tidak perlu highlight sangat. Cari shot daripada plot utama dan jadikan trailer yang mantap. semoga berjaya video ini. 


“Art direction out, lakonan seperti tiada penghayatan (tidak semestinya pelakon terkenal pun) cuma kena faham watak seperti mana anda menonton filem luar. Kita sebagai penonton akan dapat menghayati watak pelakon walaupun kita tidak mengenali mereka.  


“Kenapa saya tidak panggil ia sebagai filem. Memang bukan filem pun (guna video kamera berteknologi tinggi), yang tidak dimanupulasi sepenuhnya untuk dilihat seperti kualiti sebuah filem (celuloid).


“Sebaiknya gunakan banyak rujukan filem terdahulu. Sebelum menghasilkan filem, saya cadangkan pembikin-pembikin filem Sabah mengambil satu filem rujukan yang anda betul-betul minati dari segi cinematography, look, shot dan lain-lain. Jangan syok sendiri. Filem bukan sekadar pacak kamera dan shoot,” katanya.



Pengguna YouTube Jai dalam ciapannya turut berpendapat filem tersebut adalah bajet rendah kerana jelas kelihatan daripada kualiti kamera


“Shoot angle perlu ditambah baik. Selain itu Pelakon-Pelakon tidak terkenal tapi aksi yang ditunjukkan agak baik.  Namun demikian untuk buat filem, adalah perlu untuk mengambil pelakon yang agak terkenal untuk menarik perhatian orang menonton filem ini,” ciapnya.


Menurut Pengguna YouTube Imran Zailan, idea untuk membuat filem sudah ada tapi jelas kelihatan seperti level filem pendek YouTube atau projek pelajar.


Roulez 7 dalam ciapannya turut mengakui jalan cerita filem tersebut bagus dan sangat menarik namun beliau berpendapat berdasarkan kepada trailer yang disiarakan itu tidak sesuai untuk ditayangkan di Pawagam kerana faktor lakonan, kualiti dan teknik yang digunakan pada CGI pada babak letupan dan babak pesawat.


“Bab lakonan mungkin ramai dari Sabah yang boleh pegang watak utama. Gunakan mereka untuk pemasaran filem ini. Tidak perlu menghabiskan banyak kos untuk membuat CGI.


“Maaf, ini sekadar pandangan saya untuk filem ini, supaya boleh pergi lebih jauh dan menarik penonton untuk ke Pawagam. Macam Studio Kembara, walaupun filem pertama dan telah dua kali membuat penggambaran, akhirnya kali ketiga arahan Syamsul Yusof, filem MK sangat berjaya dan menarik minat ramai orang ke Pawagam,” ciapnya.


Dalam pada itu, sungguhpun diserang dengan komen pedas daripada pengguna YouTube, Marc memilih untuk berdiam diri dan secara terbuka untuk menerima kritikan daripada sesiapa sahaja.


Katanya, jika beliau melayan komen tersebut, mungkin beliau terus berhenti untuk membuat filem.


“Jawapan dia, jangan layan, teruskan buat filem.Senyum saja, tutup mulut, buat kerja. Kalau layan ikut buka mulut juga, sikit kerja pun belum tentu siap, satupun susah siap,” ciapnya dalam status Facebook.