Jangan hanya tahu mengkritik - Aj Flee Zey


Berang dengan tindakan individu yang memberikan kritikan pedas terhadap filem terbaharu Marc Abas bertajuk Silence Of The 177, Penyanyi dan juga salah seorang daripada Pelakon filem ini, Aj Flee Zey mencabar individu-individu yang lantang mengkritik filem tersebut untuk menayangkan filem mereka sendiri.


Ciapnya dalam status Facebook, kritikan seperti itu tidak seharusnya berlaku kerana jurang antara industri filem di Sabah dan di seberang sangat besar. Dari segi dana, di Sabah sangat kekurangan berbanding di seberang yang mempunyai banyak peralatan canggih, serta mendapat tajaan di kalangan Datuk, dan Tan Sri.



Borang Pendaftaran FH Idol 2 width=100℅">

“Jangan lah terlalu cemburu sehinggakan memberikan kritikan pedas. Kalau kamu tidak berada di tempat dia, dan tidak tahu apa yang dilalui. Jangan lemahkan semangat Pengarah filem Sabah untuk membuat filem.


“jangan tahu kritik sahaja. Saya cabar kamu tampilkan karya kamu jika ada. Nyatakan sehingga mana pencapaian kamu dalam filem berbanding dia (Marc).


“Apa kejayaan kamu yang telah mengharumkan nama negara. Masing-masing ada cara tersendiri dan bukan mengikut celuloid kamu di sana,” tegasnya.


Terdahulu, filem Silence Of The 177 ini telah dikritik oleh pengkritik bebas di Saluran YouTube Marc Abas selepas video versi Trailer berdurasi 2 minit 34 saat ditayangkan. Kebanyakan Pengguna YouTube mengkritik filem tersebut yang dikatakan sama seperti hasil projek pelajar dan hanya sesuai untuk tontonan YouTube, serta tidak layak ditayangkan di Pawagam. Kualiti filem dan pelakon turut dikritik menyebabkan ramai tersentap terutama sekali peminat filem tempatan di Sabah.