Farhan Roslan selamatkan maruah Sabah FC



Alor Setar:
Sabah FC hampir tergelincir dalam memburu mata dalam saingan Liga Super ketika menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) malam tadi di Stadium Darul Aman apabila ketinggalan satu gol diawal minit keenam hasil jaringan Roland Ngah Wanja.


Sungguhpun serangan bertali arus dilancarkan Sang Badak, namun semua percubaan serba tidak menjadi. Garry Steven Robbat antaranya beberapa kali membuat percubaan namun semuanya tersasar dari gawang pintu gol Hijau Kuning.


Separuh masa pertama perlawanan tampak lebih seimbang dengan Kedah mampu mematahkan serangan Sabah dan membuat serangan balik namun tidak ada gol tambahan dari kedua pasukan.


Gol penyelamat Sabah hadir pada minit ke-84 hasil jaringan pemain gantian Farhan Roslan hasil umpanan cantik pemain sayap kanan Sabah Saddil Ramdani, mengecewakan 5000 penyokong Kedah pada malam itu.



Borang Pendaftaran FH Idol 2 width=100℅">

Gol penyamaan itu telah membangkitkan semangat Sang Badak dengan menggunakan sepenuhnya lima minit tambahan masa dan hampir membuahkan hasil selepas pemain gantian Azhad Harraz berjaya merembat bola menewaskan penjaga gol Kedah Ifwat Ikmal Check Kassim namun tersasar sedikit di gawang gol.


Dengan keputusan seri satu sama sehingga tamat perlawanan, Sabah FC kekal di tangga kedua dengan memungut 35 mata dengan 16 jumlah perlawanan di belakang pendahulu liga Johor Darul Ta’zim dan diekori rapat oleh Negeri Sembilan FC dengan 32 mata. Manakala Kedah kini berada di tangga keenam dengan memungut 18 mata selepas 14 perlawanan.


Sabah bakal menerima kunjungan Kuala Lumpur FC di Stadium Likas pada 1 September 2022 pada 7.30 malam.


Comment As:

Comment (0)

No comment found!