BB7 dikecam peminat Sabah FC


Perlawanan antara Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) malam di Stadium Darul Aman tadi dalam saingan Liga Super 2022 cukup sengit dengan masing-masing melancarkan serangan demi serangan, mengasak kubu pasukan lawan.


Gol awal pasukan tuan rumah dijaringkan oleh penyerang dari Cameroon Ronald Ngah Wanja yang hadir pada minit keenam manakala gol penyamaan pasukan pelawat hadir pada minit ke-84 menerusi pemain gantian Farhan Roslan.


Sungguhpun Sabah membawa pulang satu mata dan mengekalkan kedudukan di tangga kedua Liga Super 2022, namun aksi Ketua Pasukan Sabah yang juga bekas Ketua Pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar (BB7) sangat mengecewakan peminat Sang Badak.


Baddrol dalam perlawanan tersebut dikatakan tidak bermain seperti sebelum ini ketika menentang pasukan lain dan dikatakan tidak memberikan komitmen sepenuhnya bersama pasukan.



Borang Pendaftaran FH Idol 2 width=100℅">

Ada antara warga net yang memberikan komen di ruangan Sabah Supporters Club (SSC) di Facebook mengatakan bahawa, BB7 malas mengejar bola dan membuat hantaran bola yang kurang tepat. Selain itu, beliau juga dikatakan sengaja menanduk bola keluar selepas mempunyai peluang keemasan menanduk bola ke jaring pasukan Hujau Kuning.


Selain itu Baddrol juga dikatakan sengaja menjatuhkan diri dalam kotak panelti pasukan lawan dan gagal menyempurnakan lorongan cantik Saddil Ramdani.


Ketika perlawanan sedang berlangsung, ramai penyokong yang sedang menonton secara live di Saluran YouTube UNIFI dan UNIFI TV melahirkan rasa kecewa, dan mahu Baddrol di keluarkan segera kerana mencacatkan serangan pasukan Sabah.



Ketika Amri Yahya dikeluarkan dan digantikan oleh Farhan Roslan, ramai yang kurang setuju dengan tindakan Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee kerana Baddrol adalah orang yang tepat untuk di ganti dan bukan Amri.


Sungguhpun pada akhirnya Baddrol digantikan pada minit akhir oleh Azhad Harraz namun kecaman demi kecaman tidak lekang dibibir peminat pasukan Sabah sehinggakan ada antara mereka mengatakan BB7 tidak professional dalam menghadapi situasi menentang bekas pasukannya.