Program amal: SAU dan Pemuda PBS Tamparuli adakah perlawanan persahabatan bola sepak



Bertempat di Padang Pekan Tamparuli, telah diadakan Perlawanan Amal Persahabatan Bola Sepak antara Sabah Artist United (SAU) menentang Pemuda PBS Tamparuli yang dihadiri oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim.



 



Antara artis tempatan yang turun beraksi ialah Asbow, Steve, Ateng, Ben Simon, Maldini dan ramai lagi dengan keputusan memihak kepada  SAU dengan empat gol berbalas tiga. 



Melalui laman rasmi Pemuda PBS N14 Tamparuli, perlawanan itu adalah untuk membantu mereka yang memerlukan.





Dalam ciapan yang tertera, dua penama dari kalangan belia yang memerlukan bantuan telah dikenal pasti sebagai penerima sumbangan hasil kutipan daripada perlawanan amal persahabatan tersebut. 



Turut sama menyaksikan perlawanan yang bermula pada jam 7 malam itu  ialah beberapa pemimpin masyarakat sekitar Daerah Tamparuli.