Tak siap lagu, studio rakaman diminta bertanggungjawab



Isu tidak siap lagu dan isu ditipu studio rakaman bukan perkara baharu di dalam industri hiburan di negeri Sabah. Ianya sudah berlarutan sejak sekian lama. Apa tidaknya, dengan teknologi yang semakin canggih, banyak studio rakaman tumbuh bagaikan cendawan dan beroperasi secara persendirian “home studio” tanpa lesen yang sah, mengambil kesempatan menurunkan harga pada kadar terendah lantas menarik perhatian mereka yang bercita-cita untuk menjadi artis rakaman.



Penyanyi Tomy Jadi tidak terkecuali menerima nasib yang sama di mana, lagu yang beliau buat di salah satu studio yang beroperasi di Nabawan, gagal dihubungi setelah bayaran penuh dibuat.



Ujar Tony, pihak studio gagal dihubungi apabila beliau beberapa kali bertanyakan tentang lagu yang telahpun siap dirakam, dan menunggu untuk proses mastering.





Tomy Jadi


Beritahu Tomy, beliau telah menghantar demo lagu berkenaan untuk pembuatan muzik lagu pada 7 Februari 2023 dan membuat pembayaran sebanyak RM 300. Dalam masa satu minggu, studio terbabit telah menghantar demo untuk memasukkan vokal.



“Selepas itu, pada 27 Februari saya telah merakam suara di studio lain di Penampang. Pada 28 Februari saya telah membuat pembayaran penuh sebanyak RM50, iaitu sebanyak RM350 pada keseluruhan.



“Apa yang sangat mengecewakan saya, sejak 27 Februari sehingga sekarang, saya balik - balik menghubung pihak studio melalui chat dan panggilan telefon untuk mengetahui perkembangan proses lagu tersebut, tetapi WhatsApp disekat dan panggilan saya pun tidak dijawab.





“Sepatutnya studio tersebut tidak boleh seperti itu. Setahu saya studio ini ramai pelanggan, dan saya ada dapat info juga dari rakan artis yang lain yang pernah berurusan dengan studio tersebut yang mana, mereka memberi tahu kepada saya bahawa mereka pun sama seperti saya, dan ada yang sampai bertahun pihak studio tiada bagi master lagu tersebut.



“Saya tidak kisah pasal duit, apa yang saya mahu adalah muzik itu diberikan kepada saya dan saya minta studio lain untuk buat mastering, ataupun paling bagus adalah, siapkan lah lagu itu.





“Saya juga berharap agar studio terbabit tidak melakukan perkara seperti ini di masa akan datang kerana kasihan penggiat seni kita di Sabah yang susah cari duit untuk membuat rakaman,” katanya.



Terdahulu Tomy merakam lagi di Bambarayon Studio dengan lagu bertajuk “Lumunggui Ginawo,” sebelum beralih ke studio tersebut dengan harapan, dapat mencari kelainan dalam penyampaian muzik.







 



 


Comment As:

Comment (0)

No comment found!