Dituduh ambil dadah Sahir Quluq buat laporan poilis



Sahir Quluq terkejut apabila rumahnya diserbu anggota Polis bahagian Narkotik IPD Kota Belud kira-kira jam 5 pagi selepas solat subuh pada Rabu.



Menurutnya dalam satu perkongsian di Facebook, setelah biliknya digeledah, pihak Polis membawanya ke IPD Polis Kota Belud selepas tidak ada bukti beliau mengambil dadah, untuk saringan air kencing.





“Alhamdulillah Allah maha adil, saya terbukti tidak bersalah. Air kencing bersih. Cuma di sini saya mahu tanya siapa kenal nombor yang chat saya ini, lepas saya post di status whatsApp saya, pasal saya kena report.



“Chat dari orang ini terus datang, dan saya tahu ini bukan anggota yang chat saya sebab saya tahu SOP macam mana, iaitu tidak akan bagi tahu maklumat pengadu.



“Saya tidak tahu niat orang yang chat ini, adakah melaga-lagakan saya dengan nama yang dia bagitahu itu.



“Apabila saya chat, tidak membalas dan chat tak sampai. Saya call tak jawab.





“Di sini saya mahu bersihkan nama saya, nama keluarga saya dan karier saya dalam bidang seni, siapa pun pengadu itu, undang-undang selanjutnya lah ya. kalau mahu buat undang-undang sendiri, jadi jantan pun boleh. Saya terbuka bila-bila masa dan di mana saja.



“Tanggung lah dosa ya, sampai puasa saya terbatal terpaksa makan ubat sakit jantung disebabkan terkejut tadi.



“Allah maha adil, bulan puasa kamu buat begini. Kita tengok kifarah itu pasti wujud,” ciapnya.





Kata Sahir ketika dihubungi Kru FH Media, beliau dibenarkan balik selepas mendapati ujian air kencingnya negatif dan kira-kira jam 12 tengah hari, beliau terus membuat satu laporan polis untuk menafikan tuduhan tersebut, dan membersihkan namanya dan keluarga serta kariernya sebagai anak seni.



“Ada pengadu tapi Polis rahsiakan nama pengadu. Cuma saya boleh lawan kes ini lepas saya buat laporan semula untuk saman individu tersebut. Pengadu sekarang sedang disiasat atas dakwaan membuat laporan palsu, sebab sya terbukti tidak bersalah,” katanya.